Dapatkan 3 Resepi Bubur Nasi Bayi, Lazat Dan Penuh Khasiat
Kredit Foto: Sekadar Hiasan
Bubur Nasi Bayi. Memberikan makan berzat yang sesuai dengan usia bayi adalah perkara penting dan perlu anda berikan perhatian.
Seawal usia enam bulan, sistem penghadaman bayi telah bersedia untuk menerima makanan tambahan selain susu ibu. Pada usia enam hingga lapan bulan, sistem penghadaman bayi baru matang.
Tekstur makanan paling sesuai ialah cair, puri, kisar atau lenyek. Beri makanan pepejal dua hingga tiga kali sehari disertai dengan susu ibu lima hingga enam kali sehari.
Baca Juga: Elak 7 Jenis Makanan Untuk Bayi
Panduan Makanan Pejal Pertama Bayi
Sebelum pergi lebih jauh kepada beberapa asas penyediaan menu makanan, jom semak beberapa pesanan tentang makanan pertama bayi ini.
1. Berikan makanan pejal hanya selepas bayi anda berusia enam bulan
2. Berikan makanan pejal dua hingga tiga kali sehari.
3. Biarkan bayi anda menentukan kuantiti yang dapat diterima pada satu-satu masa. Mulakan dengan makanan pejal yang dikisar menjadi puri bersama susu ibu. Contohnya buah-buahan dan sayuran yang sesuai termasuk epal, pisang, labu, lobak merah, kentang, bayam dan brokoli.
4. Pastikan tiada gula atau garam ditambah pada makanan.
Baca Juga: Makanan Untuk Bayi 7 Bulan
5. Berikan satu-satu resepi selama empat hingga tujuh hari sebelum bertukar resepi lain bagi memastikan bayi anda betul-betul serasi dan tiada alergi terhadap makanan tersebut.
Berita Baik!!
Para ibu yang baru hendak memperkenalkan makanan kepada bayi anda, sudah pasti tercari-cari resepi yang sesuai dan berkhasiat dan Chef WOM.my sedia berkongsi resepi Bubur Nasi yang cukup enak ini
BUBUR NASI KENTANG BERSAMA LOBAK DAN KURMA
Bahan-bahan:
1 cawan kecil beras
1 lobak
1 kentang
2-3 kurma
Cara-cara memasak
1.Basuh dan masakkan beras tersebut sehingga lembut.
2.Masukkan lobak dan kentang, dan apabila bahan-bahan tersebut sudah lembut,masukkan kurma.
3.Kacau hingga semua bahan lembut dan bolehlah tutup api dan disuapkan kepada si manja anda.
BUBUR AYAM BERKEJU
Bahan-bahan:
Ayam dua atau tiga ketul
Beras segenggam
Sekeping cheese (boleh menggunakan cheesedale)
Air secukupnya
Cara-cara masak;
1.Basuh beras sebersih-bersihnya dan masak sehingga menjadi bubur.
2.Kemudian,masukkan ayam dan masak sehingga lembut.
3.Apabila bubur tadi sudah masak dan semakin likat,masukkan cheese dan kacau sehingga sebati.
4.Sedia untuk dihidangkan.
Baca Juga: Menu Makanan Untuk Anak Lebih Bijak
BUBUR NASI PETOLA
Bahan – bahan:
20gm beras
10gm petola (dibuang kulit dan dihiris halus)
1 batang lobak kecil (dihiris halus)
1 biji tomato
5gm isi ayam (dihiris halus)
Air secukupnya
Cara memasak:
1. Beras dicuci bersih dan ditanak sehingga menjadi bubur.
2. Kemudian masukkan petola, lobak kecil, tomato dan isi ayam ke dalam nasi yang telah menjadi bubur tadi. Kacau sehingga sayuran empuk dan sebati.
3. Akhir sekali masukkan semua bahan yang telah di masak ke dalam pengisar dan kisar sehingga menjadi pekat.
4. Sedia untuk disuapkan kepada bayi.
Info Ekstra:
Cara menyimpan makanan bayi:-
1. Letak dalam bekas kecil-kecil, dan kalau boleh satu bekas untuk sekali makan.
2. Sejuk bekukan.
3. Hanya stimkan sahaja ataupun boleh juga direndam dengan air panas apabila anda mahu menggunakannya.
Anda boleh membawa stok bubur nasi bayi ini ketika keluar. Mudah bukan? Namun begitu, anda disarankan mempelbagaikan jenis makanan untuk bayi meliputi beberapa jenis kumpulan makanan iaitu bijirin, sayur, buah serta protein.
Nota Kaki: Jangan lupa SHARE artikel ini ya.
No Comment