ResepiSajiSelera

Resepi Ikan Kerapu Masak Stim

ikan kerapu masak stim - women online magazine

Foto: Sekadar Hiasan

Ikan Kerapu Masak Stim. Bosan menikmati Ikan Kerapu Goreng, tak kira goreng berlada ataupun masak masam manis? Jom, cuba Resepi Ikan Kerapu Masak Stim.

Kali ini Chef WOM.my mengajak anda beralih selera ke menu yang lebih sihat. Ikan Kerapu juga sedap jika dimasak cara stim atau kukus.

 

Berikut Resepi Ikan Kerapu Masak Stim

 Bahan-bahan yang diperlukan:

1 ekor ikan kerapu, di belah salah satu sisinya melebar tetapi jangan sampai putus – dicuci bersih (untuk menghilangkan hanyirnya redam seketika dengan perahan air limau nipis

atau limau kasturi)

2 batang serai (ambil putihnya sahaja – diketuk-ketuk)

4 biji bawang merah – dihiris

4 biji bawang putih – dihiris

3cm halia – dihiris

1cm lengkuas – dihiris

3 biji lada besar hijau/merah – dihiris

4 biji cili padi – dihiris

2 biji tomato – dibelah empat

1 sudu besar sos tiram

½ minyak bijan

1 sudu teh garam

½ sudu besar gula

200 mlm air

Daun bawang dan daun ketumbar secukupnya (untuk ditabur)

150 ml air

 

Dapatkan Juga: Resepi Ikan Salmon

 

Cara Membuatnya:

1. Masukkan serai, bawang merah, bawang putih, lengkuas, halia, lada besar, cili padi, tomato yang sudah dipotong ke dalam pinggan yang tahan panas.

2. Kemudian masukkan sos tiram, minyak bijan, garam, gula, serbuk perasa  dan air.

3.  Kemudian masukkan ikan tersebut ke dalam campuran bahan-bahan tadi. Pastikan ia terendam sempurna.

4. Kukus selama 25 minit, atau sehingga masak , dengan api yang sedergana.

5. Taburlah daun bawang dan daun ketumbar di atasnya sebelum di hidangkan.

 

Nota Kaki: Jangan lupa SHARE resepi ini ya.

<< Dapatkan resepi ikan siakap masam manis di sini.

 

Previous post

Jus Lemon Boleh Atasi Kulit Muka Kering

Next post

9 Cara Semulajadi Meredakan Sakit Kepala Dengan Cepat

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *