Red Velvet Kukus Dengan Krim Keju
Pasti anda tertunggu-tunggu resepi red velvet kukus ini. Jom salin resepi red velvet kukus ini sekarang.
Red Velvet Kukus atau dikenali Kek Baldu Merah adalah kek yang popular dengan warna merah gelap, terang atau merah coklat. Biasanya ia disediakan sebagai kek dan ditambah dengan aising vanilla krim atau krim aising keju.
Pada tahun 1972, rujukan dari James Beard Amerika Cookery menerangkan tiga kek baldu merah yang berbeza-beza dalam jumlah shortening dan mentega. Kek dan resepi asalnya ini bagaimanapun adalah yang paling terkenal di Amerika Syarikat dari Hotel Waldorf Astoria yang terkenal di New York city.
Manakala, di Kanada kek ini lebih dikenali sebagai pencuci mulut yang terkenal di restoran-restoran dan kedai roti rantaian gedung Eaton dalam tahun 1940-1950 an. Di bawah ini adalah bahan-bahan untuk Red Velvet Kukus.
Resepi kek ini, anda boleh mencubanya dengan bantuan suami anda atau anak-anak anda supaya boleh mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan anda.
Bahan A untuk Red Velvet Kukus:
2 1/2 cawan tepung superfine (all purpose flour)
1 1/2 cawan gula castor
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil garam
1 sudu besar serbuk koko
Bahan B untuk Red Velvet Kukus:
1 1/2 cawan minyak sayur @ mana-mana minyak makan pun boleh
*1 cawan buttermilk
2 biji telur (gred A)
1 sudu makan pewarna merah
1 sudu kecil cuka
1 sudu kecil esen vanilla
Cara membuat Red Velvet Kukus:
1. Ayak Bahan A bersama, ketepikan sebentar.
2. Satukan dalam mangkuk lain Bahan B, lepas itu sebatikan guna whisk.
3. Tuangkan Bahan A kedalam Bahan B, gunakan mixer dengan medium speed, gaulkan hingga sebati.
4. Selepas itu, tuang dalam 2 loyang 9″ bulat @ 1 loyang sahaja, ikut mana-mana yang anda rasa mudah.
5. Sapukan Loyang dengan butter dan tepung, tuang adunan dan kukus 45minit.
6. Sementara menunggu kek masak, sediakan topping. Putar semua bahan sehingga sebati kemudian sapu pada kek. Sejukkan dahulu baru potong dan hidang.
Krim keju frosting:
250 gm cream cheese
1/2 cawan whipping cream
1 cawan gulaaising
1 1/2 cawan butter
1 sudu besar jus perahan lemon
Satukan guna mixer medium speed sampai kembang 1x ganda.
Kredit foto kepada vnysia
<< Jom cuba resepi cheese kek pula di sini..
1 Comment
thanks for the recipes