Resepi Ayam Masak Merah Menyala
Foto: Sekadar Hiasan.
Resepi Ayam Masak Merah. Tak tahu nak masak apa hari ini sebagai salah satu hidangan untuk berbuka puasa? Cubalah Resepi Ayam Masak Merah Menyala yang cukup lazat ini.
Menu Ayam Masak Merah pasti menjadi salah satu hidangan wajib dalam menu kenduri perkahwinan.Hidangan yang berasaskan daripada ayam selalunya tidak membosankan. Apatah lagi jika kena dengan gaya dan ramuan masakannya. Ayam Masak Merah terkenal dengan kenikmatan rasa pedas dan manisnya. Jom, kita cuba masak menggunakan Resepi Ayam Masak Merah Menyala yang disediakan oleh Chef WOM.my ini.
Bahan-bahan untuk Resepi Ayam Masak Merah Menyala adalah :
1 ekor ayam, dipotong 12 bahagian
1 sudu teh serbuk kunyit
2 helai daun salam
2 biji tomato dicincang halus
400ml air
3 biji lada besar segar, dipotong-potong
1 biji bawang besr, dipotong-potong
1 kulit kayu manis – tumis
5 biji buah pelaga- tumis
2 tangkai bunga lawang-tumis
1 sudu teh gula pasir, atau secukupnya untuk menambah rasa
2 senduk minyak untuk menumis
Dapatkan Juga: Resepi Pai Ayam
Bahan Untuk Dikisar Halus
8 biji bawang merah
4 biji bawang putih
1cm halia
2 batang serai
14 tangkai cili kering (tahap kepedasan – ikut citarasa sendiri, boleh ditambah/dikurangkan.
1 1/3 sudu teh garam
½ sudu teh sos cili
Cara membuat Resepi Ayam Masak Merah Menyala adalah :
1. Ayam yang telah dibersihkan digaul dengan kunyit dan garam. Biarkan seketika
2. Panaskan minyak, gorengkan ayam tersebut separuh masak. Angkat dan toskan minyak. Ketepikan.
3. Kemudian tumis bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga seketika. Kemudian masukkan pula ke semua bahan kisar dan juga daun salam hingga berbau harum.
Baca Juga: Khasiat Daun Salam
4. Masukkan ayam dan tambah air jika diperlukan.
5. Kemudian masukkan pula tomato, sos cili dan gula secukup rasa.
6. Biarkan sampai pekat dan masak.
7. Hiaskan dengan hirisan bawan dan cili besar .
Nota Kaki: Jangan lupa SHARE resepi ini.
<< Jom dapatkan Resepi Biskut Chocolate Chip Famous Amos di sini..
No Comment