ResepiSajiSelera

Resepi Ayam Masak Tomato Pedas

resepi ayam masak tomato - women online magazine

Foto: Sekadar Hiasan

Ayam Masak Tomato. Rasa tomato segar yang berbaur dengan rasa cili yang pedas menjadikan masakan ayam ini kaya dengan rasa.

Ayam Masak Tomato salah satu masakan yang cukup popular dan sering mendapat tempat di hati para penggemar rasa masam, manis dan pedas.  Sering dihidangkan bersama nasi tomato, nasi minyak, nasi lemak ataupun nasi putih. Bukan itu sahaja, Ayam Masak Tomato juga sering dijadikan salah satu menu untuk majlis-majlis kenduri kahwin, rumah terbuka dan sebagainya.

 

Dapatkan Juga: Resepi Ayam  Masak Merah

 

Berikut Resepi Ayam Masak Tomato

Bahan-bahan yang diperlukan:

Seekor ayam, dipotong mengikut saiz yang anda mahukan.

2 helai daun salam

3 cili besar dipotong memanjang

400 gram tomato (dicincang halus)

400 ml air

2 sudu besar minyak untuk menumis

5 biji bawang merah (besar) – dikisar

3 biji bawang putih – dikisar

1cm halia – dikisar

2 batang serai – diketuk-ketuk

5 sudu besar cili kering (yang sudah dikisar)

1 sudu besar sos tomato

1 sudu besar serbuk lada sulah

sedikit garam,gula, kicap manis dan serbuk perasa.

 

Dapatkan Juga: Resepi Ayam Masak Kurma

 

Cara Membuatnya:

1. Panaskan minyak.

2. Tumis bawang besar, bawang putih, halia yang sudah dikisar tadi bersama cili besar yang dipotong memanjang serta duan salam hingga berbau harum.

3. Kemudian masukkan cili kering yang sudah dikisar, sos tomato, serbuk lada sulah, garam, gula, kicam manis dan serbuk perasa serta serai.

4. Biarkan ia sebati, tambah sedikit air jika ia terlalu mengering.

5. Kemudian masukkan ayam. Kacau sehingga ia berubah warna.

6. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga meresap dan masak.

7. Pastikan anda memasaknya dengan menggunakan api yang kecil sehingga kuahnya kering sedikit.

8. Hidangan ini menjadi lebih nikmat apabila disajikan dengan nasi yang masih panas.

 

Nota Kaki: Boleh SHARE resepi ini ya.

<< Ingin cuba Resepi Kari Kepala Ikan Penang? Dapatkan resepinya di sini.

 

Previous post

Ketahui 6 Ciri Anak Pintar

Next post

6 Tips Sembuhkan Sakit Sendi Lutut

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *