Resepi Biskut Chocolate Chip Ala Famous Amos
Ramadan hampir menjelang tiba. Tentu ramai yang tercari-cari Resepi Biskut Chocolate Chip Famous Amos…
Keenakan biskut Chocolate Chip ini memang tidak terperi dan sesuai dihidangkan kepada para tetamu yang berkunjung ke rumah anda pada Hari Raya Aidilfitri nanti.
Just try and taste!
Bahan-bahan Resepi Biskut Chocolate Chip Famous Amos adalah seperti:
175gram marjerin
100gram mentega tawar
180 gram gula halus
4 kuning telur
330 tepung gandum
80gram serbuk coklat (van houten)
35g tepung jagung
50gram chocolate chip
50gram walnut cincang/almond nib
Cara Membuat Resepi Biskut Chocolate Chip Famous Amos adalah:
– Ayak tepung gandum, serbuk coklat dan tepung jagung.
– Kacau majerin, mentega tawar dan gula halus selama 2-3 minit dengan menggunakan ‘spatula’.
– Kemudian masukkan kuning telur, kacau lagi selama satu minit hingga sebati.
– Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
– Kemudian masukkan chocolate chips dan walnut cincang/almond nib
– Ambil sedikit adunan, bentukkan bulat lonjong dengan menggunakan sudu atau tangan.
– Letaklah ke dalam loyang. Jarakkan sedikit kerana biskut tersebut akan mengembang.
– Bakar hingga masak selama 20-25 minit dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 160 darjah celsius .
– Angkat dan sejukkan di atas jaring. Lepas tu barulah boleh dimasukkan ke dalam bekas kedap udara.
Ada banyak lagi resepi yang menarik yang kami kongsikan di WOM.my Khas untuk pembaca setia. Teruskan menyokong kami dengan ” Like dan Follow Laman social kami di FB Fanpage WOM.my , Twitter , Pinterest dan Instagram supaya anda tidak terlepas topik-topik terkini dari kami.
Jom sertai Ahli rakan VIP Women Online Magazine ( WOM ) untuk dapatkan Bonus bernilai RM 500 keatas .
<< Jom dapatkan resepi ayam masak rendang sedap dam menarik di halaman berikutnya di sini..
1 Comment
wow! i love it♥ thank you WOM for this share,i will make famous amos cookies for Hari Raya 😉