ResepiSajiSelera

Resepi Biskut London Almond Chef Wan

RESEPI BISKUT ALMOND LONDON - WOMEN ONLINE MAGAZINE

Ranggup dan sungguh sedap! Jom, ketahui Resepi Biskut Almond London Chef Wan di sini…

Biskut London Almond memang sudah lama popular dan menjadi kesukaan ramai, khususnya apabila menjelang Hari Raya.Jadi, jangan lepaskan peluang untuk membuat sendiri Resepi Biskut Almond London Chef Wan yang cantik, sedap dan ranggup ini. Dapat juga anda berjimat, dan kalau menjadi boleh buat ‘duit’!

Sekali orang cuba, rasanya pula sedap, sudah pasti permintaan untuk Resepi Biskut Almond London Chef Wan akan datang mencurah-curah. Bolehlah anda menjadi usahawan kuih raya. Siapa tahu kan. Ok, selamat mencuba!

Bahan-Bahan Yang Diperlukan untuk membuat Resepi Biskut Almond London Chef Wan adalah:

  • 250 gm mentega/margarine
  • 100gm gula halus
  • 230gm tepung  Redrose (mahu guna tepung gandum pun boleh)
  • 50gm nestum (dikisar halus)
  • Kacang badam secukupnya (dipanggang)
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • Almond nib secukupnya sebagai hiasan
  • Coklat masakan
  • Cawan kertas bersaiz kecil

Cara Membuatnya:

  1. Pukul mentega dan gula hingga sebati.Kemudian masukkan esen vanilla.
  2. Setelah itu, masukkan nestum dan putar seketika, biar sebati.
  3. Masukkan tepung jagung dan baur hingga rata.
  4. Kemudian masukkan pula tepung gandum sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi doh yang lembut.
  5. Biarkan selama 15-20 minit dan tutup dengan ‘kitchen towel’ yang lembab.
  6. Ambil sedikit doh, dan isi badam dan bentukkan ia sama ada bulat atau bujur.
  7. Kemudian bakar pada suhu 170 darjah Celsius dalam masa 20-25 minit.

Untuk Salutan Coklat:

  • Cairkan coklat masakan menggunakan cara ‘double boiling’.
  • Apabila coklat sudah cair, celupkan biskut tadi dan kemudian masukan dalam cawan kertas kecil dan tabur sedikit almond nib di atasnya.
  • Buat hingga habis, dan biarkan coklat tersebut beku kemudian barulah di masukkan dalam bekas kedap udara.

Kredit foto: Sekadar gambar hiasan

>>Resepi Agar-Agar Roti Tawar Paling Enak? Biar betul? Maklumat lanjut ketahui di sini…

Previous post

Berikan Si Manja Huggies® Keselesaan Terbaik

Next post

6 Cara Motivasi Anak Diet Untuk Kurus

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

1 Comment

  1. […] : Wom Resepi Biskut Raya Almond London Chef […]

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *