Resepi Biskut Nestum
Ingin membuat biskut raya yang murah, mudah dan sedap? Apakata, cuba Resepi Biskut Nestum.
Membuat Biskut Nestum sering menjadi pilihan ramai ketika musim Raya. Untuk membuat biskut nestum hanya diperlukan beberapa bahan sahaja dan mudah serta tidak rumit untuk membuatnya. Selain daripada rasanya yang enak, bentuk Biskut Nestum juga cukup menarik.
Ada macam-macam bentuk, semua itu bergantung pada citarasa anda sendiri untuk menambah keindahan Biskut Nestum tersebut. Rasa manisnya juga tidak keterlaluan, dan lebih nikmat jika dimakan bersama secawan teh manis ataupun segelas air sirap sejuk. Boleh jadi ketagih! Okay, selamat mencuba Resepi Biskut Nestum.
Berikut Resepi Biskut Nestum;
Bahan-bahan A
250gm margarine/mentega
150 gula aising
30 gm softening
35gm serbuk badam (perlu digoreng tanpa minyak)
1 sudu teh esen vanilla
Bahan-bahan B
30gm nestum (dikisar)
500gm tepung gandum
Bahan-bahan Hiasan
2 biji telur kuning
2 titis pewarna kuning
sedikit hiasan manik (ikut citarasa sendiri)
sedikit serbuk roti
Cara Membuat Biskut Nestum;
1. Campurkan Bahan A dan gaul hingga sebati
2. Masukkan Bahan B, kemudian uli hingga menjadi doh dan lembut.
3. Canaikan adunan dan terap atau betukkan ia mengikut apa yang anda sukai.
4. Sapukan kuning telur di atasnya, kemudian taburkan manik-manik serta serbuk roti sebagai hiasan.
5. Setelah itu,susun atas dulang pembakar.
6. Bakar dalam ketuhar dengan suhu 160 darjah Celsius atau sehingga masak.
Kredit foto: tiffinbiru
No Comment