Resepi Cupcakes Paling Mudah & Sedap!
Foto: Sekadar Hiasan
Resepi Cupcakes. Sekarang sudah menjadi “trend” orang berikan hadiah cupcakes, apa kata anda cuba resepi cupcakes ini di rumah.
Kalau tengok ‘persembahan’ cupcakes atau kek cawan comel pada masa kini memang boleh ‘rambang mata’. Apatah lagi, hiasan cantik di atasnya. Ada yang berbentuk ‘figure’ kartun, berbentuk hati, tumbuh-tumbuhan dan macam-macam lagi. Geram dibuatnya!
Selain itu, ia boleh dihias dengan menggunakan ‘butter cream’, ‘fondant’/’plastic icing’, sehingga boleh dibentuk dengan bentuk apa sekalipun mengikut kehendak anda.
Selain itu, cupcakes juga boleh dihidangkan bukan sahaja sewaktu minum petang, majlis hari jadi ataupun sambutan Hari Raya. Bahkan ia turut mendapat tempat di majlis-majlis perkahwinan.
Dapatkan Juga: Resepi Kek Cawan Red Velvet
Di bawah ini, WOM sediakan beberapa langkah mudah untuk anda membuat cupcakes. Selamat Mencuba!
Bahan-bahan
- 1 cawan gula
- ½ mentega
- 2 biji telur
- 2 sudu kecil esen vanilla
- 1 + ½ cawan tepung gandum
- 1 + ¾ serbuk penaik
- ½ cawan susu Uht
Cara-caranya
- Panaskan oven pada suhu 350 darjah celcius
- Letakkan gula, mentega dan kacau. Kemudian, pukul 2 biji telur dan esen vanilla kacau sehingga sebati. Selepas itu masukkan tepung gandum, serbuk penaik dan susu uht dan kacau sehingga sebati.
- Bakar antara 20-25 minit.
Dapatkan Juga: Resepi Cupcake Vanilla
Untuk membuat krim, sekiranya anda mahu menghias cupcakes tersebut atau taburkan sahaja coklat urai.
- ½ mentega tanpa garam
- 6 cawan gula halus
- ½ cawan susu
- 2 sudu esen vanilla
Caranya:
- Letakkan mentega, susu dan esen vanilla di dalam mangkuk adunan.
- Putarkan pada kadar sederhana, sehingga lembut dan berlemak selama 3-5 minit.
- Masukkan gula tersebut sedikit demi sedikit sehingga ‘icing’ menjadi ringan.
- Setelah siap, masukkan dalam ‘piping bag’ dan hiaskan di atas cupcakes.
<< Jom dapatkan resepi untuk menu masakan orang demam di sini..
1 Comment
Sedapnya cupcake.. lama dah tak makan.