ResepiSajiSelera

Resepi Daging Pekasam “Power”

resepi daging pekasam - women online magazine

Foto: Sekadar Hiasan

Resepi Daging Pekasam. Pernah cuba tak?  Perghh… Memang sedap!

Jika dahulu ikan pekasam membantu menaikan selera seseorang ketika menikmati hidangan, tetapi sekarang dah ada saingan. Kini, daging pekasam pula yang mendapat tempat. Bahkan, disebabkan penangan daging pekasam ini juga, ada yang sanggup menikmatinya ketika berbuka puasa dan bersahur tanpa jemu!

Anda yang belum pernah menikmati keenakan daging pekasam, anda harus mencubanya.Jika makan nasi hanya berlaukan daging pekasam ini pun sudah boleh membangkitkan selera.

Daging pekasam ini boleh digoreng bersama potongan bawang merah, bawang putih dan juga lada besar. Tak pun, daging pekasam masak lemak cili api. Cara membuatnya, sama juga macam anda masak, ayam masak lemak cili api ataupun ikan masak lemak cili api.  Berikut Resepi Daging Pekasam, selepas ini bolehlah anda cuba membuatnya sendiri di rumah. Selamat Mencuba!

 

Dapatkan Juga: Resepi Masak Lemak Ketam Berapi

 

Cara Membuat Daging Pekasam;

1. Sekilo daging. Bersihkan dan potong daging ikut saiz yang anda kehendaki.

2. Perap daging dengan garam kasar (anggaran: 1 1/2 sudu besar)  dan asam keping (anggaran: 30 keping).

3. Susun berselang seli dengan asam keping.

4. Buat bersilih ganti sehingga selesai kesemuanya.

5. Tutup bekas berisi daging pekasam itu kemas-kemas.

6. Selepas seminggu barulah boleh dimasak daging pekasam tersebut.

 

Nota Kaki: Boleh SHARE resepi ini dengan kawan-kawan anda.

<< Sotong Masak Kicap ini terlalu mudah untuk dimasak. Dalam masa 15 minit dah siap! Dapatkan resepinya di link ini

 

Previous post

16 Cara Paling Tepat Goda Lelaki

Next post

7 Tips Mudah Untuk Anda Kelihatan Cantik Natural

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *