ResepiSajiSelera

Resepi Ikan Masak Kicap Citarasa Malaysia

resepi ikan masak kicap - women online magazine

Foto: Sekadar Hiasan.

Resepi Ikan Masak Kicap. Tak tahu menu apa hendak masak hari ini ? Jom cuba resepi ikan masak kicap citarasa Malaysia

Ikan adalah sumber protein yang baik untuk anak-anak. Selain itu, juga merupakan sumber nutrisi yang sangat penting seperti fosforus dan sodium.

Protein amat diperlukan oleh tubuh untuk membangun dan memperbaiki tisu tubuh manusia. Sementara fosforus pula berguna untuk pembentukan tulang yang kuat, melancarkan sistem pencernaan, pembentukan protein dan menyeimbangkan hormon.

Manakala sodium diperlukan untuk menjaga metabolisme tubuh dan keseimbangan hormon.

 

Dapatkan Juga: Resepi Ikan Keli Penyet

 

Jom kita cuba salah satu resepi ikan yang sangat mudah dan sungguh lazat iaitu ikan masak kicap. Sangat menyelerakan.Cubalah salin resepi di bawah.

Bahan-bahan untuk membuat ikan masak kicap:

1 kg ikan kembung (jenis lain)

4 sudu serbuk kunyit

½ garam

2 biji bawang merah

2 ulas bawang putih

1 cm halia

1 biji bawang besar

6 sudu besar kicap

3 sudu sos tiram

1 cawan air

Sedikit lada hitam

 

Dapatkan Juga: Resepi Ikan Kembung Asam Pedas

 

CARA MEMASAK IKAN MASAK KICAP ADALAH:

  1. Bersihkan ikan dan kemudian digaulkan dengan garam dan serbuk kunyit. Goreng ikan dan angkat toskan.
  2. Kisar semua bawang merah dan putih serta halia. Tumis bahan kisar ini sampai naik bau wangi. Masukkan pula bawang besar kacau dan biarkan layu sedikit
  3. Kemudian masukkan air, kicap, sos tiram dan lada hitam. Kacau dan biar sos mendidih, seterusnya masukkan ikan goreng tadi dan kacau sekejap dalam 3 -5 minit lagi dan bolehlah ditutup api dapur. Apabila sudah siap masak, hidangkan bersama nasi putih dan sayur goreng.

 

Baca Juga: Khasiat Halia

 

Nota Kaki: Selamat mencuba dan SHARE kan bersama rakan-rakan yang lain pasal menu yang enak ini ya.

<< Siapa nak cuba resepi sotong goreng tepung di sini…

Previous post

5 Cara Mengatasi Masalah Rambut Kelemumur

Next post

5 Cara Paling Power Untuk Hilangkan Bau Peti Ais

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *