Resepi Ikan Patin Masak Tempoyak Meraung Sedap
Foto: Sekadar Hiasan
Resepi Ikan Patin. Bagi yang menggemari tempoyak, sudah pasti menyukai Resepi Ikan Patin ini.
Cukup terliur! Menu ini cukup popular di negeri Pahang. Jika lalu di Temerloh, rugi rasanya jika tidak menikmati Ikan Patin Masak Tempoyak ini. Ikan Patin Masak Tempoyak cukup nikmat jika dimakan bersama nasi panas dan ulam-ulam seperti petai jeruk, tempoyak mentah, sambal belacan dan sebagainya. Pergh! Memang membuka selera.
Berikut Resepi Ikan Patin Masak Tempoyak
1 kg ikan patin, dibersihkan dan dipotong-potong. (Untuk menghilangkan hanyir dan lendir ikan, lumurlah denga tepung gandum)
150gram tempoyak (ikut citarasa anda, samada mahu kurang atau lebih rasa tempoyaknya)
Garam , gula dan serbuk perasa secukupnya.
6 tangkai daun kesum
Sedikit mentimun tua sebagai bahan perencah.
10 biji cili padi dikisar halus
3 cm kunyit hidup
Dapatkan Juga: Resepi Ikan Kembung Asam Pedas
Cara Membuatnya:
1.Campurkan kunyit dan cili padiyang sudah dikisar tadi bersama tempoyak, daun kesum dan serta 3 cawan air.
2. Kemudian masukkan ikan patin. Biarkan ia terendam selama 15 minit.
3. Setelah itu naikkan ke atas api sederhana besar.
4. Masukkan pula garam, gula dan serbuk perasa serta mentimun tua.
5. Biarkan sehingga mendidih atau hingga ikan tersebut masak. Jika suka, masukkan lagi lebihan daun kesum yang ada.
6. Jika sudah cukup rasa, kuah cukup pekat, boleh tutup api dan bersedia untuk dihidangkan.
Nota Kaki: Jangan lupa SHARE resepi ini ya.
<< Dapatkan Resepi Ikan Siakap Masam Manis di sini.
2 Comments
rasanya xyah taruk gula. guna tempoyak lama.lg masam lg umphh…
wow..kena cuba tu thanks sis kerana memberikan komen n pandangan. 🙂