ResepiSajiSelera

Resepi Kari Ayam Memang Lazat!

resepi kari ayam - women online magazine

Foto: Sekadar hiasan

Resepi Kari Ayam. Anda binggung nak masak apa hari ini? Resepi Kari Ayam ini bukan sahaja mudah, tetapi juga sangat lazat.. 

Untuk membuat Resepi Kari Ayam ini sangat mudah dan ringkas. Bahan-bahan yang diperlukan juga mudah dicari, dan masakan ini juga sesuai disajikan bersama keluarga tersayang.

 

Jom, semak Resepi Kari Ayam Lazat & Mudah ini.

Bahan-Bahan Yang Diperlukan untuk membuat Resepi Kari Ayam Adalah: 

* ½ ekor ayam

* 3 sudu besar minyak masak (untuk menumis)

* ½ kulit kayu manis

* 2 tangkai serai (ambil bahagian putihnya dan ketuk-ketuk)

* 700 ml santan cair

* Garam/kicap manis secukup rasa.

* 125ml santan pekat

* 5 sudu serbuk kari

* 2 sudu cili kering yang sudah dikisar.

* 10 biji bawang merah (dikisar)

* 2 biji bawang putih(dikisar)

* ½ cm halia(dikisar)

*5cm kunyit hidup(dikisar)

* 1 asam keping

* 8 helai daun kari

 

Dapatkan Juga: Resepi Tauhu Sumbat

 

Cara untuk membuat Resepi Kari Ayam:

  1. Bersihkan ayam dan potong mengikut kesukaan.
  2. Panaskan minyak dalam api yang sederhana, masukkan kulit kayu manis, bawang merah, bawang putih, halia,kunyit hidup dan cili kering yang sudah dikisar .
  3. Kacau, dan masukkan serai dan serbuk kari. Kacau hingga sebati.
  4. Setelah itu, masukkan potongan ayam, kacau sampai ayam tersebut sebati bersama rempah ratus tersebut.
  5. Kemudian masukkan santan cair. Didihkan sambil dikacau sekali sekala.
  6. Masak ayam tersebut sampai empuk. Jika belum empuk tambahkan sedikit air dan masak terus sehingga empuk.
  7. Setelah itu masukkan santan pekat, biarkan mendidih dan pekat .
  8. Terakhir, masukkan garam/kicap manis secukup rasa,daun kari serta asam keping.
  9. Jika sudah sebati semuanya, biar mendidih selama 2 minit.
  10. Ok, dah masak. Sedia untuk dihidangkan bersama nasi panas.

 

Nota Kaki: Jangan lupa SHARE resepi ini dengan kawan-kawan anda ya.

<< Biskut Sarang Semut cukup popular sejak dahulu lagi, terutama pada musim perayaan,khususnya Hari Raya Aidilfitri. Ketahuinya di sini..

Previous post

6 Tips Mudah Penjagaan Gigi Agar Sihat Dan Putih Berseri

Next post

Ketahui Punca Vagina Gatal

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *