ResepiSajiSelera

Resepi Kek Batik Leleh

kek batik leleh - women online magazine

Foto: Sekadar Hiasan.

Resepi Kek Batik.Kek batik ini adalah olahan dari biskut marie yang lembut dan kurang digemari oleh orang ramai.

Sebelum ini Chef WOM.my pernah kongsikan Resepi Marie Bebola Coklat yang telah menggunakan bahan asas iaitu biskut Marie. Apabila diolah menjadi kek batik ia menjadi menarik dan sangat lazat. Hidangan kek batik ini dijadikan sebagai hidangan minum petang, hantaran perkahwinan dan juga jamuan makan.

Bagi mereka yang ingin mencuba Kek Batik Marie Leleh ini  bolehlah mencuba resepi di bawah ini. Selamat mencuba.

 

Bahan-bahan Kek Batik Marie Leleh

  • 1 paket biskut marie
  • 125 gram mentega
  • 150 gram coklat masakan
  • 3 biji telur
  • ½ cawan kecil susu segar
  • 3 sudu susu pekat
  • 80 gram milo/horlick

 

 

Dapatkan Juga: Resepi Kek Coklat Moist

 

 

Bahan Hiasan

  • ½  Coklat masakan / Ganache
  • 2 sudu susu pekat
  • 2 kiub mentega

 

Cara Membuatnya:

  1. Pukul telur sehingga hancur dan dan selepas itu, ketepikan telur itu dahulu.
  2. Panaskan susu segar di dalam periuk dengan api kecil tetapi jangan sampai mendidih.
  3. Masukkan susu pekat, milo, dan coklat masakan. Kacau hingga larut.
  4. Masukkan mentega dan telur, kacau hingga mendidih dan adunan menjadi pekat dan berkilat.
  5. Masukkan biskut marie dan gaul hingga rata. Biarkan seketika sehingga biskut agak lembut.
  6. Masukkan ke dalam loyang atau acuan yang sesuai dan tekan hingga mampat.
  7. Simpan di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.

 

 

Dapatkan Juga: Resepi Kek Marble

 

 

Cara-cara Membuat Bahan Hiasan:

  1. Panaskan coklat masakan/ganache secara double boiler.
  2. Masukkan susu pekat dan mentega.
  3. Kacau hingga sebati.

Keluarkan kek batik yang telah disejukkan dan tuang bahan hiasan ini di atas kek batik tersebut.

 

Nota Kaki: SHARE Resepi Kek Batik Marie Leleh ini dengan kawan-kawan anda supaya mereka boleh turut sama mencubanya.

<< Dapatkan Resepi Kek Pelangi di sini.

Previous post

Apa Nak Buat Bila Kekasih Curang?

Next post

Kesan Makan Pil Perancang

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

1 Comment

  1. aisha
    August 1, 2016 at 8:57 pm — Reply

    sedapnyaaa…
    jomlah cuba buat…

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *