ResepiSajiSelera

Resepi Kek Lapis Cadbury

resepi kek lapis cadbury - women online magazine

Pasti anda tercari-cari, apakah resepi kek lapis cadbury? Jawapannya di sini. Salin resepi ini segera dan terus mencubanya..

Tahukah anda pembuatan kek lapis ini sudah menjadi satu kemestian untuk rakyat Negeri Sarawak kerana di sana terkenal dengan penjualan kek lapis Sarawak. Sudah menjadi suatu kemestian jika anda bercuti  di Sarawak membeli Kek lapis ini.

Maka hari ini kami dari Laman Informasi Wanita ini  berminat untuk berkongsi berkaitan resepi kek lapis Cadbury yang merupakan salah satu perisa yang sering di minati setiap yang membeli kek lapis ini. Jom kita mencuba resepi ini di rumah sekarang juga.

Antara Bahan-bahan untuk membuat kek lapis Cadbury adalah seperti di bawah;

– 200g gula halus

– 1 sudu besar ovalette

– 2 1/2 cawan tepung superfine

– 1 sudu teh baking powder

– 500g mentega berkualiti

– 400g susu pekat

– 1 sudu teh esen vanila

– 150g coklat masakan (cairkan)

– 1 sudu teh chocolate emulco

– 2 kotak Cadbury milk chocolate (saiz mini)

– 10 Biji telur

Cara-cara membuat resepi kek lapis cadbury:

1.Anda perlu pukul telur dan gula hingga kembang selepas itu, masukkan ovalette.

2.Selepas itu, masukkan tepung dan baking powder yang sudah ditapis. Pukul adunan hingga sebati, pastikan anda mempunyai seorang pembantu dalam melaksanakan misi membuat resepi kek lapis cadbury ini.

3.Pukul mentega dan susu pekat dalam mangkuk berasingan hingga kembang & gebu. Masukkan esen vanila.

4.Anda perlu campurkan adunan tepung dan mentega tadi. Lepas itu, adunkan dengan mixer secara perlahan hingga sekata.

5.Bahagikan adunan kepada 2 mangkuk.

6.Masukkan coklat cair dan chocolate emulco pada mangkuk pertama. Mangkuk yang satu lagi dibiarkan putih.

7.Panaskan oven gril pada suhu 190 darjah C.

8.Masukkan adunan coklat dalam loyang segiempat 9″X9″ untuk lapisan pertama. Bakar selama 10 minit. Kemudian masukkan adunan putih dan susun coklat cadbury mengikut suka. Bakar dan ulangi proses melapis adunan berselang-seli hingga habis.

9. Kek akan masak dalam tempoh 2 jam. Sejukkan kek sebelum memotong.

Sekian sahaja resepi kek lapis cadbury pada kali ini. Semoga anda dapat melakukan resepi kek lapis Cadbury ini dengan jayanya.

<< Jika anda berminat untuk dapatkan resepi nasi hujan panas sila klik di sini.

Previous post

Permohonan UPU 2014

Next post

Resepi Biskut Oat

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

1 Comment

  1. Suhaila Mohd Sood
    April 11, 2014 at 4:38 am — Reply

    Maaf…ingin bertanya…berapa biji telur yer diperlukan utk membuat kek lapis nih???

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *