ResepiSajiSelera

Resepi Kek Milo

resepi kek milo - women online magazine

Tercari-cari resepi untuk membuat kek yang mudah, lagi senang, lagi murah? Jom, cuba Resepi Kek Milo!

Susu merupakan sumber besar vitamin, protein dan kalsium dan cukup bermanfaat buat  tubuh. Namun, bukan semua daripada kita yang gemar atau menyukai rasa susu. Jadi, sebab itulah wujudnya susu coklat! Ia menjadi alternative rasa bagi penikmat susu, tambahan pula rasa coklat tersebut menambahkan lagi manfaat yang terkandung daripada susu tersebut. Biasanya susu coklat dihidangkan kepada anak-anak untuk diminum. Tapi, kali ini ia digunakan sebagai bahan pelengkap untuk membuat Kek Milo!

 

Resepi Kek Milo –  Bahan-bahan yang diperlukan;

3 biji kuning telur

3 biji putih telur

75 gram gula castor

½  sudu besar garam

75 gram tepung gandum

5 kotak susu coklat Milo

¼ sudu besar baking powder

25 gm margarine

20 gm dark chocolate

 

Cara Membuat  Kek Milo;

1. Pukul telur, gula castor dan garam sehingga menggembang.

2. Masukkan tepung gandum, susu coklat Milo dan baking powder sambil diayak dan digaul rata.

3. Masukkan margarine dan dark chocolate. Kacau perlahan.

4. Tuang adunan dalam Loyang dan kukus selama 12 minit dengan api sederhana sehingga masak.

Kredit foto: espressoandcream

<< Teringin untuk membuat Kek Span Enak & Gebu ini? Klik link ini untuk mendapatkan resepinya. 

Previous post

Resepi Ayam Goreng Berempah

Next post

Formula Atasi Rasa Cepat Letih Dan Mengantuk

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *