ResepiSajiSelera

Resepi Kek Span Gebu

resepi kek span - women online magazine

Cara membuat Kek Span Enak & Gebu ini sangat mudah, dan anda semua boleh mencuba sendiri di rumah.

Anda boleh  mencuba Resepi Kek Span  ini dengan melakukan eksperimen sendiri. Cara membuat Kek Span Enak & Gebu sangat praktikal dan mudah. Dijamin insan-insan yang anda sayangi akan menyukainya. Selamat bereksperimen!

Mudah di bawa untuk bercuti perjalanan yang jauh atau pergi ke taman rekreasi untuk bersantai sambi menikmati kak span gebu yang anda buat dari resepi ini.

Bahan-bahan untuk Resepi Kek Span

4 biji telur

100 gm gula pasir

1 sudu teh emulsifier

50 gm tepung gandum

25 gm tepung jagung

25 gm susu tepung

60gm margarine cair

1 sudu besar susu pekat manis

2 titik pewarna pandan

 

Cara Membuatnya;

1. Ayak tepung gandum, tepung jagung serta susu tepung.

2. Campurkan cairanmargarine  dan susu pekat manis sedikit demi sedikit, biarkan ia berbaur rata.

3. Pukul telur, gula, pewarna pandan dan emulsifier  sehingga pekat, putih mengembang.

4. Masukan tepung yang sudah diayak tadi secara sedikit demi sedikit.

5. Kemudian masukkan margarine, sedikit demi sedikit, kemudian pukul dengan mixer sekejap-sekejap.

6. Apabila sudah selesai semuanya, masukkan ke dalam adunan ke dalam oven.

7. Bakar selama 20 minit dalam suhu 180 darjah Celsius atau bakar sehingga masak.

8. Setelah masak keluarkan kek daripada oven dan tunggu hingga sejuk untuk mengeluarkannya daripada loyang.

9. Jika suka, anda boleh menghiasnya dengan butter cream.

10. Potong sesuai dengan selera. Hidang.

Kredit foto: Sekadar gambar hiasan

<<  Donat Coklat? Whoa, so yummy! Ketahui resepinya di sini… 

Previous post

Berpuasa Boleh Menyusukan Anak

Next post

Hati Terusik Ketika Menjenguk Felixia Yeap Blog

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

1 Comment

  1. July 29, 2015 at 12:42 pm — Reply

    pakai span ke!!!!!!!!!!hihihihihihihohihihihi 1000

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *