Resepi Macaroni Cheese
Pastinya Macaroni Cheese, menu yang sangat sesuai buat anda yang menyukai pasta.
Rasa keju yang pekat membuatkan hidangan ini menjadi semakin lazat. Jika ada di antara bahan-bahan ini tiada, anda boleh sahaja mengantikannya. Misalnya susu segar, anda mungkin boleh mengantikannya dengan cream cheese. Boleh sahaja, asalkan fleksibel dan sesuai dengan selera anda. Ok, selamat mencuba ya.
Berikut Resepi Macaroni Cheese
Bahan-bahan yang diperlukan:
100 gram macaroni (rebus dalam air mendidih yang sudah diletakkan sedikit garam dan minyak zaitun.) Toskan dan ketepikan.
30 gram mentega
3 biji bawang putih
1 biji bawang besar
1 sudu besar tepung jagung
100ml susu segar
100 gram keju cheddar
1/2 biji paprika merah
40 gram kacang peas
Garam, serbuk perasa dan serbuk lada secukupnya.
Cara Membuatnya:
1. Cairkan mentega dalam kuali.
2. Kemudian tumis bawang putih dan merah sehingga berbau harum.
3. Setelah itu, masukkan tepung jagung. Kacau selama seminit dengan api yang sederhana besar.
4. Kemudian masukkan sedikit demi sedikit susu segar. Kacau sebati, kecilkan api dan biarkan mendidih selama seminit.
5. Tambahkan keju cheddar dan kacau sampai cair dan halus, letak garam, serbuk perasa dan lada sulah.
6. Kemudian masukkan macaroni, paprika merah dan kacang peas tadi.
7. Kacau sehingga ke semua bahan tadi likat dan berbaur sebati. Cuba rasa, jika cukup rasa semuanya angkat dan bolehlah di hidangkan.
8. Jika suka, anda boleh tabur serbuk cili di atasnya.
9. Cukup enak apabila disajikan ketika masih panas.
Kredit foto: cookingclassy
<< Ingin mencuba Resepi Bebola Daging? Dapatkan resepinya di sini.
No Comment