ResepiSajiSelera

Resepi Nasi Kerabu Budu!

Resepi Nasi Kerabu - women online magazine

Suka makan Nasi Kerabu? Jom, dapatkan dan pelajari Resepi Nasi Kerabu yang disediakan oleh Chef WOM.my ini.

Tidak ramai yang rajin membuat Nasi Kerabu. Biasanya beli sahaja kerana ramai yang menganggap untuk membuatnya terlalu renyah. Disebabkan terliur hendak menikmatinya, sedap tak sedap Nasi Kerabu yang dijual tu belilah juga kan…

Ternyata versi Nasi Kerabu ini ada bermacam-macam jenis, mengikut selera masing-masing. Ada yang menikmati Nasi Kerabu bersama kuah tumis, sambal tumbuk, sambal belacan, solok  lada, ikan goreng celup tepung, keropok,daging bakar,telur masin dan macam-macam lagi. Bahkan ada yang beranggapan, untuk menambah kesedapan Nasi Kerabu ini harus meletakkan sambal budunya banyak-banyak!

 

Dapatkan Juga: Resepi Nasi Hujan Panas

 

Resepi yang Chef WOM.my sajikan ini versi Nasi Kerabu yang cukup simple. Apa pastinya anda tidak perlu duduk berjam-jam di dapur!

 

Berikut Resepi Nasi Kerabu:

Bahan-bahan yang diperlukan:

250 gram beras Brasmathi

30 kuntum Bunga Telang – untuk mendapatkan Nasi Kerabu berwarna biru(ramas dan perah airnya)
Sehelai daun pandan.

Air secukupnya.

Nota: Cuci beras, masukkan air dan air bunga, daun pandan dan gaul sehingga rata. Setelah itu, masak nasi seperti biasa. Menggunakan rice cooker pun boleh. Jika tiada Bunga Telang, beras biasa pun ok cuma letaklah pewarna kuning untuk menggantikannya.

 

Bahan Untuk Sambal Lada:

10 tangkai cili padi

7 tangkai cili merah

3 biji limau kasturi

Garam dan gula secukup rasa

Nota: Kisar lumat, biar cukup rasa pedas, garam dan gulanya.

 

Bahan Untuk Sambal Tumis:

6 sudu besar cili kering yang sudah dikisar

3 biji bawang besar -dikisar

2 biji bawang putih-dikisar

Sedikit halia- dikisar

2 batang serai (diketuk-ketuk)

2 keping asam keping

2 cawan santan

3 sudu besar budu

2 cawan santan pekat

Garam secukup rasa

Sedikit gula Melaka atau gula Perang

 

Cara Membuat Sambal Tumis:

1. Tumis bahan yang sudah dikisar halus seperti cili kering, bawang besar, bawang putih dan halia tadi.

2. Setelah naik bau, masukkan pula serai, asam keping dan santan. Kacau hingga sebati dan pecah minyak.

3. Setelah itu masukkan budu, gula Melaka, santan pekat dan garam yang secukupnya.

4. Masak sehingga ia pekat dan pecah minyak.

 

Bahan Untuk Sambal Ikan:

½ biji kelapa parut (ambil yang putih sahaja)

5 ekor ikan kembung atau ikan sardin (bakar  atau diresbus dan ambil isinya -dikisar)

2 biji bawang besar (dikisar halus)

1 batang serai (dikisar halus)

Sedikit halia (dikisar halus), gula Melaka(diracik halus), garam dan gula secukupnya

 

Cara Membuat Sambal Ikan:

1. Sangai kelapa sehingga separuh kering. Goreng dengan api perlahan, dan jangan terlalu keperangan (dikisar kasar)

2. Campur dan gaul sebati bawang,serai dan halia yang sudah dikisar.

3. Setelah itu, campurkan pula dengan gula Melaka dan isi ikan yang sudah dikisar.

4. Kemudian masukkan kelapa yang sudah dikisar kasar sambil digaul rata.

 

Dapatkan Juga: Resepi Serunding Ikan

 

Bahan Untuk Ulam (dimayang halus-halus)

  • Mentimun
  • Taugeh
  • Daun Kesum
  • Bunga Kantan
  • Kacang Panjang
  • Kubis

 

Bahan Sampingan

  • Telur masin
  • Keropok
  • Sambal budu
  • Ayam goreng
  • Ikan celup tepung
  • Solok lada
  • Bawang putih jeruk
  • Daging bakar

Kredit foto: xman

 << Dapatkan Resepi Lontong Lazat di sini.

 

Previous post

5 Petua Dan Cara Menghilangkan Bintik Hitam

Next post

Turunkan Berat Badan Anda Dengan Makanan Seimbang

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *