Resepi Nasi Tomato Bersama Ayam Masak Merah
Foto: Sekadar Hiasan
Resepi Nasi Tomato.Pasti anda nak tahu resepi nasi tomato ini serta bahan-bahannya. Anda boleh mencubanya di rumah sekarang dengan resepi yang disediakan oleh Chef WOM.my
Bahan-bahan untuk membuat nasi tomato ini lebih kurang sama dengan nasi minyak atau nasi hujan panas, perbezaannya apabila ditambah dengan pes tomato. Resepi nasi tomato ini sangat mudah.
Nasi tomato ini sering dijadikan juadah semasa majlis kenduri kahwin, majlis khatam Al-quran, majlis cukur jambul, jamuan sekolah dan ada juga dijadikan juadah semasa hari raya. Nasi tomato ini sungguh enak dimakan dengan ayam masak merah dan juga acar sayur. Aromanya hingga menusuk kalbu dan menarik perhatian orang untuk makan.
Antara Bahan-Bahan yang di gunakan untuk Resepi Nasi Tomato adalah:
Bahan A
2 sudu besar minyak sapi
1 batang kayu manis + 5 kuntum bunga cengkih + 3 biji buah pelaga + 1 kuntum bunga lawang
1 biji bawang besar (dihiris)
2 ulas bawang putih (dicincang)
1 inci halia (dititik)
Baca Juga: Khasiat Kulit Kayu Manis & Khasiat Bunga Lawang
Bahan B
1 cawan susu rendah lemak (atau susu sejat)
1 sudu besar pes tomato
2 sudu besar sos tomato
Garam secukup rasa
3 cawan beras basmathi (cuci dan rendam 30 minit)
1 helai daun pandan (disimpul)
3 ½ cawan air
Bahan Hiasan
Hirisan daun bawang / daun sup
Bawang goreng
Kismis
Kacang pie
Cara-Cara Membuat Resepi Nasi Tomato adalah:
- Tumis bahan A sampai naik bau dan masukkan bahan B kecuali beras, kacau sehingga sebati. ( Anda boleh tumis di dalam kuali atau rice cooker)
- Kemudian masukkan beras dan air dengan sukatan yang betul.
- Kacau nasi tomato setiap 10 minit supaya kandungannya sebati.
- Hidangkan nasi tomato dengan menabur bahan hiasan supaya nasi berbau wangi dan kelihatan menarik.
Dapatkan Juga: Resepi Ayam Masak Lemon
Bahan Untuk Membuat Ayam Masak Merah;
½ ekor ayam dipotong kecil
1 biji bawang besar (dihiris nipis)
8 sudu besar cili giling
8 sudu besar sos tomato
2 inci halia (dipotong nipis)
2 batang serai (dititik)
Garam + gula
Carannya:
Tumiskan bawang + halia + serai sehingga naik bau dan masukkan cili giling dan sos tomato, biarkan sehingga mendidih.
Kemudian masukkan ayam dan gaulkan sehingga rata, masukkan juga gula dan garam secukup rasa.
Masak sehingga kering sedikit dan hidangkan dengan taburan bawang goreng.
Bahan-bahan Acar
Timun + Lobak merah + Bawang besar ( di mayang )
Cili padi + Cili merah (dipotong kecil)
Cuka + Garam + Gula
Caranya:
- Letakkan timun, lobak merah, bawang dan cili ke dalam mangkuk, dan gaulkan.
- Masukkan cuka, gula dan garam. Gaul rata dan siap dihidangkan.
Nota Kaki: Selamat mencuba resepi nasi tomato di rumah dengan jayanya. Terima kasih kerana setia bersama mengikuti tips dan resepi saji dari Women Online Magazine.Jangan lupa SHARE resepi ini dengan kawan-kawan anda.
<< Dapatkan Resepi Nasi Arab yang cukup enak ini di sini.
5 Comments
nampak macam susah tapi worth trying..tapi takleh tahann…. rase nak kunyah sekarang jugaaa.. terima kasih atas resepinya
Sama sama puan dan selamat mencuba,In Shaa Allah menjadi dan sedap!
wahh terima kasih seba sudi share resepinya .. =)
Sama sama puan,semoga ilmu yang dikongsikan dapat membantu serba sedikit puan!
Sama sama puan,moga bermaanfaat 🙂