ResepiSajiSelera

Jom Cuba Resepi Pizza Simple

resepi pizza simple - women online magazine

Kredit foto: gomi

Resepi Pizza Simple.Anda nak tahu resepi pizza simple yang cukup enak ini?Tak rugi jika anda mencubanya tau!

Pizza merupakan makanan segera yang sangat popular pada masa kini. Pizza bukan sahaja sangat popular di Amerika Syarikat dan Itali tetapi makanan ini sudah mula terkenal di negara Malaysia. Malah, banyak restoran pizza yang tumbuh di negara Malaysia seperti Pizza Hut, Domino Pizza, Papa John’s dan banyak lagi.

Berdasarkan sejarah, masyarakat di sekitar laut tengah telah menghasilkan roti yang bentuknya seperti bentuk roti pizza. Kemudian, orang Yunani zaman dahulu memakan roti yang dipanggil plankuntos bersama lauk yang diletak pada atasnya.

 

Cuba Resepi Ini Juga: Roti Sarang Lebah & Roti Sardin

 

Roti tersebut diadun daripada tepung yang diuli dengan air. Kemudianya dileperkan dan dibakar di atas batu yang dipanaskan dibawah cahaya matahari. Perkataan pizza juga dianggap sebagai turutan dari perkataan Yunani iaitu ‘picea’

Hari ini resepi mengenai pizza yang sangatlah simple dan mudah untuk anda buat dirumah. Bagi wanita yang bujang, berkerjaya yang inginkan kelainan di dalam hidangan anda. Anda boleh mencuba resepi ini, kerana ia ringkas dan menjimatkan masa. Pizza ini juga sesuai di makan bersama keluarga.

Bahan-bahan:

  1. Base pizza / doh pizza (yang readymade) boleh didapati di pasaraya berdekatan anda
  2. Pes tomato (ikut selera anda)
  3. Cendawan butang (dalam tin)
  4. Chicken ham / Chicken slice
  5. Sosej (dihiris nipis)
  6. Lada benggala (potong nipis)
  7. Bawang kecil (dihiris nipis)
  8. Cheese Mozarela

 

Cuba Resepi Ini Juga: Tortilla Sosej Wrap

 

Cara-cara resepi pizza simple ialah:

  • Keluarkan base pizza dari bungkusan dan letakkan di atas bekas yang bersesuaian.
  • Salutkan pes tomato di atas base pizza, Salut sekeliling bagi sama rata dan lagi banyak pes tomato lagi sedap.
  • Susunkan chicken ham, sosej, bawang kecil, lada benggala di atas pizza. Taburkan cheese mozarela lagi banyak lagi sedap….
  • Bakar selama 30 – 45 minit dan hidangkan.
  • Anda boleh tambahkan bahan-bahan lain seperti oregano, cheese powder, dan bahan-bahan lagi yang anda suka. “Base pizza” yang “readymade” ini lembut sangat dan harganya juga murah.

Selamat Mencuba!

 

Nota Kaki:SHARE artikel ini dengan kawan-kawan anda yang suka mencuba pelbagai resepi.

 << Jika anda sukakan resepi untuk diet pula, boleh klik di sini..

Previous post

4 Cara Mudah Tanam Orkid & Penjagaannya

Next post

7 Cara Berkesan Menghapuskan Kutu Beras

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *