ResepiSajiSelera

Resepi Rendang Ayam Tangkap Leleh

resepi rendang ayam - women online magazine

Resepi Rendang Ayam! Rendang Ayam adalah antara menu penting pada pagi Raya Haji.Tak sah, kalau tak ada!

Terasa sungguh nikmat apabila Rendang Ayam ini dicicah bersama ketupat ataupun lemang.Bagaimana cara membuat Rendang Ayam Raya ini?

 

Berikut adalah Resepi Rendang Ayam Raya Haji yang harus anda cuba:

1 ekor ayam

Sebiji kelapa (santan)

1 sudu besar air asam jawa

1 asam kandis

2 batang serai

1 biji bawang merah

1 biji bawang putih

sehelai daun limau purut

 

Baca Juga: Resepi Ayam Masak Lemon

 

Bahan untuk dikisar halus:

8 tangkai cili kering

1 helai daun salam

7 biji bawang merah

2 biji bawang putih

1 cm halia

2 biji buah keras

1 sudu teh ketumbar

½ sudu teh jintan manis

2 sudu besar kerisik

 

Baca Juga: Resepi Ayam Goreng Berempah

 

Cara Membuatnya:

1.Cuci bersih daging ayam. Untuk menghilangkan bau hanyir, boleh lumur dengan air perahan limau nipis. Biarkan selama 5 minit sebelum kembali mencucinya.

2. Hiris halus bawang merah dan putih, kemudian tumis sampai berbau harum dan kekuningan.

3.Kemudian masukkan bahan-bahan yang telah dikisar halus tadi. Kacau hingga sebati. Masukkan sedikit air.

4.Kemudian masukkan pula daging ayam.

5. Kemudian tuang santan sedikit demi sedikit sambil mengacaunya perlahan-lahan.

6. Masukkan serai,daun limau purut dan asam kandis. Masak sampai mendidih.

7. Biarkan kering sedikit. Matikan api jika sudah masak.

8. Boleh dinikmati bersama nasi panas, lemang ataupun ketupat.

 

Jika anda suka dengan artikel ini, jangan lupa tekan butang share.Kongsikan resepi menarik di WOM.my dengan kawan-kawan anda.

 

 << Anda pencinta rasa pedas dan juga penggemar daging? Jom dapatkan resepi Daging Masak Merah di sini.  

 

 

Previous post

Atasi Tekanan Darah Rendah Dengan Makanan

Next post

Pilih Pakaian Yang Sesuai Dengan Bentuk Badan

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *