ResepiSajiSelera

Resepi Rendang Kerang Pedas

resepi rendang kerang - women online magazine

Foto: Sekadar Hiasan

Resepi Rendang Kerang. Hari ini menu terbaik untuk anda masak tengah hari adalah Resepi Rendang Kerang.

Kelazatan kerang menjadi salah satu menu pilihan popular bagi para penggemar seafood. Meskipun bentuknya kecil, ditutupi cengkerang yang keras, kerang memiliki kandungan zat mineral seperti zat besi, kalsium,fostor, selenium dan lain-lain.

Mineral besi atau zat besi yang terdapat dalam kerang berguna untuk pembentukan komponen utama sel dalam darah merah, sehingga mampu menurunkan risiko darah rendah atau anemia.

Kerang ini boleh diolah menjadi hidangan yang cukup enak apabila dimakan. Banyak variasi menu kerang yang boleh kita cuba, selain daripada direbus.Salah satunya dibuat rendang. Memang sedap.

Boleh dihidangkan dengan nasi putih atau dicicah dengan lemang ataupun ketupat. Cubalah resepi ini ya!

 

Bahan-bahan untuk Resepi Rendang Kerang adalah : 

2 cawan isi kerang

2 sudu besar rempah kari

½ cawan santan pekat

1 cawan air

1 keping asam keping

1 helai daun kunyit – dihiris halus

1 helai daun limau purut

2 sudu  besar kerisik

sedikit garam dan gula

3 sudu cili kering yang sudah dikisar

 

Dapatkan Juga: Resepi Kari Ayam Lazat

 

Bahan-Bahan untuk dikisar adalah : 

4 biji bawang merah

1 biji bawang putih

½ inci halia

½ inci kunyit hidup

2 batang serai (dimesin halus)

 

Dapatkan Juga: Resepi Ikan Salmon

 

Cara Membuat Resepi Rendang Kerang adalah seperti berikut: 

–        Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang telah dikisar sehingga naik bau.

–        Kemudian masukkan cili , biarkan garing seketika.

–        Masukkan pula rempah kari dan sedikit air.

–        Goreng lagi sehingga pecah minyak dan masukkan santan.

–        Biarkan sampai mendidih, sambil ‘kacau-kacau’ dan masukkan kerisik.

–        Biarkan kuah tersebut pekat sedikit, masukkan  asam keping, daun limau purut dan daun kunyit, garam dan gula secukup rasa.

–        Kemudian masukkan isi kerang  dan gaul hingga sebati.

–    Jika  mahu berkuah, tambahkan sedikit air. Terpulang kepada citarasa sendiri, sama ada mahu kering atau pun berkuah sedikit.

 

Nota Kaki: Jangan lupa SHARE resepi ini dengan kawan-kawan anda.

<< Jom salin resepi ayam masak merah pula di sini..

Previous post

4 Petua Berkesan Hilangkan Jerawat Batu

Next post

5 Tips Buat Majlis Buai Berendoi

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *