ResepiSajiSelera

Resepi Sotong Masak Kicap

resepi Sotong masak kicap - women online magazine

Foto: Sekadar Hiasan

Resepi Sotong Masak Kicap.Masakan ini terlalu mudah untuk dimasak. Dalam masa 15 minit dah siap!

Tercari-cari menu masakan yang ringkas serta mudah untuk disediakan? Jawapannya tentulah Sotong Masak Kicap!

Resepi masakan yang satu ini adalah menu murah meriah, namun rasanya boleh membangkitkan selera makan dan kaya dengan kandungan zat. Sungguhpun begitu, di sebalik kenikmatan rasanya anda perlu berhati-hati terhadap kolesterolnya.

Sotong memiliki kandungan kolesterol yang cukup tinggi dan anda dinasihatkan tidak mengambilnya secara berlebihan kerana akan memberikan efek buruk terhadap  kesihatan anda.

Namun, jika dibandingkan dengan menu seafood lain, sotong mempunyai beberapa keistimewaan. Di antaranya; mudah dihadamkan, enak dikunyah kerana tidak memiliki tulang belakang sehingga memudahkan proses pengolahan, mengandungi  asid amino esensial yang cukup tinggi, asid amino non esensial, kaya dengan pelbagai mineral, kalium, fostor, kalsium, magnesium dan selenium.

 

Dapatkan Juga: Resepi Sotong Goreng Tepung

 

Bagi anda yang menyukai makanan laut ini, taka da salahnya anda mencuba resepi Sotong Masak Kicap kering yang lazat ini. Tetapi, ingat ya jangan terlebih masak sotong nanti ia akan menjadi liat pula.

 

Bahan-bahan yang diperlukan untuk Resepi Sotong Masak Kicap adalah;

500gm sotong

2 sudu besar minyak masak

1 biji bawang bersaiz sederhana  (hiris bulat dan sedikit tebal)

2 helai daun bawang (dipotong)

1 biji cili merah (dipotong nipis)

sedikit halia dihiris.

 

Campuran Sos

2 sudu besar sos tiram

1 sudu teh kicap manis

½ sudu teh serbuk lada putih

I keping asam keping

 

Cara Membuat Sotong Masak Kicap

  1. Campurkan ke semua bahan sos, gaul sebati dan ketepikan.
  2. Bersihkan sotong, kemudian potong empat segi dengan konsep ‘kelar-kelar’.
  3. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng bawang yang telah dipotong bulat-bulat tadi.
  4. Kemudian angkat dan ketepikan.
  5. Selepas itu, tumis hirisan halia sehingga berwarna keperangan.
  6. Masukkan sotong, goreng diatas api yang kuat selama 3 minit.
  7. Tambahkan campuran sos, biarkan ia mendidih sehingga menjadi pekat.
  8. Selepas itu masukkan daun bawang dan cili merah.
  9. Biarkan masak dan sebati buat seketika.
  10. Setelah itu, angkat dan letak atas mangguk hidangan.

 

Nota Kaki: Jangan lupa SHARE artikel ini ya.

<< Teringin nak makan Roti Jala yang  cukup ‘power’? Jom cuba Roti Jala Resepi ini.

Previous post

3 Manfaat Hebat Daripada Lulur Kopi

Next post

Singkap Karakter Si Dia Melalui Psikologi Warna

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *