Resepi Udang Butter Sedap Meleleh
Kredit Foto: Sekadar Hiasan
Resepi Udang Butter.Tak ada idea nak masak apa hari ini? Chef WOM.my sedia membantu.
Udang juga kaya dengan khasiat Omega 3, vitamin B12 serta juga niacin, selain bahan galian seperti zink, zat besi dan tembaga. Walaupun lazat, tapi masih ada orang yang takut mengambilnya kerana bimbang dengan tahap kolestrol yang mereka miliki.
Udang juga kaya dengan khasiat Omega 3, vitamin B12 serta juga niacin, selain bahan galian seperti zink, zat besi dan tembaga. Walaupun lazat, tapi masih ada orang yang takut mengambilnya kerana bimbang dengan tahap kolestrol yang mereka miliki.
Udang memang rendah kalori dan lemak tepu tetapi kandungan kolestrolnya cukup tinggi. Berdasarkan kajian, walaupun kolestrolnya cukup tinggi namun pada saat dimakan udang tidak langsung menaikkan kadar kolestrol secara keseluruhannya.
Tahukah anda, pengambilan masakan berasaskan udang mampu menguatkan tulang kerana ia mempunyai kandungan fosforus dan kalsium. Dua zat yang ada di dalam udang membentuk tulang dan gigi yang kuat.
Resepi Udang Butter.
Bahan-bahan yang diperlukan:
Bahan A:
15-20 ekor udang
1 sudu kecil gula
1 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil lada hitam
1 sudu kecil minyak bijan
Bahan B:
3 sudu kecil tepung jagung
Cuba Juga: Resepi Sambal Udang Petai
Bahan C:
1 sudu besar butter atau marjerin
3 helai daun kari
1 batang daun sup
1 batang cili hijau (dipotong)
½ cawan susu cair
3 biji telur (asingkan putih dan kuning)
Cuba Juga: Resepi Sambal Belacan Sedap
Cara-caranya Memasak Udang Butter:
1. Bersihkan udang, buangkan kaki dan toskan. Perap udang bersama dengan bahan A selama 5 minit.
2. Campurkan bahan B dan masukkan udang yang telah diperapkan tadi. Gaul rata. Goreng udang tadi bersama dengan minyak yang banyak, angkat dan toskan minyak.
3. Panaskan kuali, masukkan butter, daun kari, daun sup, cili hijau, susu cair dan telur putih.
4. Akhir sekali, tuangkan kuning telur tadi, tuang tinggi sikit supaya yang jatuh ke dalam kuali itu tekstur yang halus. Kacau kuning telur itu laju-laju untuk mendapatkan tekstur yang cantik. Gaul rata bersama udang dan terus hidangkan semasa panas.
Selamat menjamu selera.
<< Jom cuba resepi tahu sumbat di sini..
No Comment