Ada Apa?SajiTip DapurX-Tra

5 Panduan Membeli Alatan Memasak Yang Akan Buat Anda ‘Laju’ Memasak!

tips membeli alatan memasak - women online magazine

Foto: Sekadar Gambar Hiasan

Alatan Memasak.Dalam memasak pada setiap hari, anda pasti ingin tahu tips membeli alatan memasak.

Proses memasak akan terganggu apabila barangan memasak rosak. Ini bukan sahaja akan melambatkan masa memasak, malah boleh membahayakan keselamatan keluarga dan rumah jika berlaku kemalangan atau kebakaran disebabkan kerosakan peralatan.

Peralatan memasak yang elok tidak semestinya yang  mahal. Yang penting, pilih yang berkualiti tinggi dan baru.

Berikut adalah beberapa tips membeli alatan memasak:

1. Perlu mengetahui fungsi peralatan memasak

Jika anda ingin membeli peralatan dapur untuk memenuhi ruang dapur anda, pastikan alatan itu menjadi keutamaan yang diperlukan. Jika anda ingin dapur yang serba lengkap ia akan menelan bajet yang banyak.

Pilih alatan yang anda perlukan terlebih dahulu, yang menjadi asas, berfungsi dalam banyak kegunaan untuk anda memasak di rumah. Setelah itu baru beransur untuk menambah alatan memasak di rumah anda.

 

Baca Juga: 4 Peralatan Memasak Yang Wajib Ada Di Dapur

 

2. Elak membeli perkakas baru yang murah

Elakkan membeli perkakas di kedai  di kedai murahan, sebaliknya beli di pasaraya besar. Ini supaya anda tidak terbeli perkakas yang terpakai atau kualiti rendah.

 

3. Berjimat ketika membeli

Jika anda mahu berjimat. Belilah ketika musim jualan murah. Ketika ini, barangan perkakas akan dijual dengan harga lebih murah, terutamanya jika pasaraya ingin menghabiskan stok lama.

Selain itu, gudang jualan juga salah satu tempat untuk membeli perkakas dengan harga yang murah. Anda Cuma perlu bersabar untuk mencari barangan yang dikehendaki.

 

Baca Juga: Cara Terbaik Berjimat Cermat

 

4. Mencari alternatif untuk memasak

Jika perkakas memasak yang dikehendaki terlalu mahal dan anda tidak mampu untuk membelinya, carilah alternatif lain. Misalnya jika mesin pengisar rosak, gunalah cara lama iaitu menggunakan lesung batu.

 

5. Mencuba dahulu baru membelinya

Kebanyakan kita tidak mahu mencuba perkakas sebelum membelinya kerana menganggap jika ada kerosakan, ia boleh dipulangkan atau digantikan.

Namun selalunya, perkakas yang rosak akan dibiar terabai begitu sahaja kerana tidak mahu membazir wang, masa, dan tenaga untuk kembali ke pasaraya tersebut. Oleh itu, cuba alat perkakas terlebih dahulu dan pastikan ia berfungsi dengan baik.

Maka dengan ini, jika peralatan memasak melengkapi dapur anda, dan mengikut bajet yang mencukupi. Memasak akan menjadi lebih mudah dan menyenangkan anda. Penggunaan perkakas besi adalah lebih baik kerana tahan karat. Ia juga lebih selamat kerana tidak mudah pecah seperti kaca. Satu sahaja kelemahan besi iaitu mudah panas.

 

Nota Kaki: SHARE artikel berguna ini dengan kawan-kawan anda.

<<Berminat untuk mengetahui khasiat air beras, klik di sini

Previous post

Harus Cuba! 6 Cara Mengawal Nafsu Makan Dengan Lebih Berkesan

Next post

Kena Tahu! 6 Motivasi Penting Untuk Kuruskan Badan

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *