Selera

Masak Lemak Pucuk Ubi ‘Pukau’ Selera

Masak Lemak Pucuk Ubi - Women Online Magazine 

Foto: 4.bp

Pucuk ubi kayu atau nama lainnya Manihot Esculenta adalah sejenis sayuran yang dipetik dari pokok ubi kayu. Pucuk ubi kayu merupakan makanan kegemaran bagi masyarakat Melayu di Malaysia sejak berabad lalu.

Pucuk ubi yang berasal dari pokok ubi kayu ini ditanam menggunakan keratan batang dia atas tanah gambut ataupun tanah mineral. Memetik pucuk ubi adalah mudah iaitu dengan mematahkan pangkal batangnya.

Khasiat Pucuk Ubi Kayu

  • Mampu menghilangkan pening dan sakit kepala yang tidak menentu.
  • Pucuk ubi kayu sangat rendah kalori dan amat sesuai untuk mereka yang menghadapi masalah berat badan.
  • Mengandungi vitamin A, B17 dan vitamin C serta bahan mineral seperti kalsium, zat besi, serat dan posforan.
  • Klorofil dalam pucuk ubi membantu sebagai antioksidan dan agen anti kanser.
  • Air rebusan pucuk ubi mampu menangani masalah cirit-birit.
  • Asid amino dalam pucuk ubi berguna untuk memulihkan luka dan kulit yang bermasalah.
  • Ia juga berfungsi untuk membantu memulihkan daya ingatan dengan baik.

Resepi Masak Lemak Pucuk Ubi

Bahan-bahan:

  • 1 cekak pucuk ubi
  • 2 keping tempe (potong kiub)
  • 2 batang serai, dititik
  • 1 kuntum bunga kunyit (belah dua)
  • 1 biji bawang besar (dihiris)
  • 1200 ml santan
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Sedikit air

Cara memasak:

  1. Asingkan pucuk ubi dari tangkainya, cuci, toskan dan celur hingga lembut. Toskan, cuci dan perah, kemudian hiris sedikit. Masukkan ke dalam periuk bersama bawang besar, bawang putih dan serai, kacau rata dan tuang santan. Masak hingga mendidih.
  2. Masukkan tempe dan masak hingga pucuk ubi empuk. Jika anda ingin menambah kuah, anda boleh menambah sedikit air. Kacau perlahan, apabila mendidih masukkan bunga kunyit dan tambahkan gula dan garam secukupnya.
  3. Apabila ia telah masak, kecilkan api dan biar mendidih seketika, kacau selalu. Tutup api dan hidangkan.

<< Dapatkan resepi istimewa Puding Laici di sini.

Previous post

Pilih Menu Diet Yang Sesuai Untuk Kurus Secara Sihat

Next post

Petua Licinkan Kulit Muka Tanpa Kesan Sampingan

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *