Resepi Lazat Ayam Masak Lemon
Kredit Foto: resepumi
Ayam Masak Lemon. Inginkan kelainan menu ketika berbuka puasa nanti? Jika mahu, cubalah kelazatan daripada olahan Ayam Masak Lemon yang cukup mantap ini.
Resepi istimewa Ayam Masak Lemon ini harus dicuba. Cara membuatnya juga cukup mudah. Ayam Masak lemon ini pasti akan menambah nafsu makan anda. Lebih-lebih lagi kombinasi perencah dan rasa sos lemonnya yang segar membuatkan Ayam Masak Lemon ini semakin sempurna dan lazat. Selamat Mencuba!
Resepi Ayam Masak Lemon
Bahan-Bahan Yang Diperlukan:
500 gram dada ayam fillet (dipotong nipis mengikut selera sendiri)
1/2 sudu teh garam
1/4 sudu teh serbuk lada sulah
2 biji telur ayam (ambil putihnya sahaja – dikacau)
6 sudu teh tepung serbaguna.
Dapatkan Juga: Resepi Ayam Masak Merah
Bahan Yang Diperlukan Untuk Membuat Sos Lemon:
2 kiub pati ayam
3 sudu besar air perahan lemon
2 ulas bawang putih (dicincang halus)
2 sudu besar gula pasir
1/2 sudu teh tepung jagung (larutkkan dengan 1 sudu besar air)
Dapatkan Juga: Resepi Ayam Masak Tomato
Cara Membuat Ayam Masak Lemon:
- Lumur ayam dengan garam dan lada sulah, gaul sebati dan biarkan selama 15 minit.
- Setelah itu, lumur ayam dengan tepung serbaguna, celupkan pada telur dan lumur lagi dengan tepung serbaguna.
- Kemudian goreng ayam sehingga berwarna kuning keemasan, angkat toskan.
- Panaskan kiub ayam dengan air lemon dan bawang putih hingga mendidih.
- Tambahkan gula pasir dan tepung jagung. Gaul cepat sehingga sos lemon menjadi likat. Setelah itu angkat.
- Letak ayam yang telah siap digoreng di dalam bekas atau pinggan.
- Siram dengan sos lemon atau sos tersebut boleh juga dihidangkan secara berasingan dengan ayam.
Jangan lupa SHARE resepi ini ya
<<Dapatkan Resepi Ikan Bakar Portugis di sini.
No Comment