Selera

Enak Sungguh! Cubalah Resepi Bihun Singapore

resepi bihun singapore - woman online magazine

Kredit Foto : bp

Resepi Bihun Singapore. Anda tercari-cari menu makanan yang sesuai untuk dinikmati bersama keluarga?

Bihun Goreng Singapore ini mempunyai rasa yang cukup istimewa sehingga ramai yang menyukainya. Tak percaya? Cubalah Resepi Bihun Goreng Singapore yang telah disediakan oleh Chef Wom.my

 

Bahan-Bahan Untuk Resepi Bihun Singapore

Sebungkus Bihun

Udang secukupnya (dibuang kulit)

Sotong secukupnya (dipotong-potong)

Isi ayam secukupnya (dipotong kecil)

Udang kering secukupnya (ditumbuk halus)

5 ulas bawang putih (dicincang)

1 sudu makan minyak bijan

Sayur-sayuran (mengikut kegemaran sendiri)

2 sudu makan serbuk lada sulah

1 sudu makan serbuk lada hitam

1 kiub ayam

Sedikit sos tiram

Garam secukupnya

2 biji telur (masak dan hancurkan terlebih dahulu secara berasingan)

 

Dapatkan juga: Resepi Mee Hailam

 

Untuk Taburan Hiasan

Bawang Goreng

Daun Bawang

Cili Merah

Hirisan Limau Kasturi

 

Dapatkan Juga: Resepi Nasi Goreng Udang

 

Cara Membuatnya:

  1. Rendam seketika bihun dengan air panas, kemudian bilas dengan air sejuk dan toskan.
  2. Tumis bawang putih sehingga harum baunya. Kacau dan masukkan udang kering.
  3. Setelah itu, masukkan isi ayam sehingga masak.
  4. Setelah itu masukkan pula udang dan sotong.
  5. Kemudian masukkan sayur lobak merah.
  6. Masukkan bihun, garam, kiub ayam yang telah dibancuh dengan sedikit air, sos tiram,serbuk lada sulah dan serbuk lada hitam.Kacau hingga sebati.
  7. Masukkan minyak bijan sedikit demi sedikit dan kacau lagi sehingga sebati.
  8. Jika anda menggunakan sayur sawi, taugeh atau kucai, bolehlah masukkan sekarang.
  9. Masukkan telur hancur dan gaul rata.
  10. Jika cukup masinnya, sayur sawi pun dah sedikit layu bolehlah angkat dan hidangkan.
  11. Jangan lupa tabur dengan bawang goreng, hirisan daun bawang, cili merah dan juga hirisan limau kasturi.

 

Nota Kaki: Jangan lupa SHARE Resepi Bihun Singapore.

<< Dapatkan Resepi Ayam Masak Lemon di sini.

 

Previous post

6 Koleksi Jubah Muslimah Terbaik Buat Anda

Next post

8 Manfaat Bila Anda Lakukan Seks Dengan Penuh Kasih Sayang

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

1 Comment

  1. July 20, 2015 at 1:12 pm — Reply

    teringat arwah pengetua yang suka makan mihun singapore ni.. Al-fatihah

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *