Selera

Resepi Biskut Chocolate Chip Rangup

Resepi Biscuit Chocolate Chip - Woman Online Magazine

Kredit : amazonaws

Anda suka ‘mengunyah’? Apakata, anda cuba buat sendiri kudapan enak, biskut chocolate chip ini. Cara membuatnya sangat mudah, setengah jam sahaja, siap semuanya.

Rasanya cukup ranggup di luar, tetapi lembut di dalamnya. Memang sedap, dan tidak rugi jika anda mencuba Resepi Biskut Chocolate Chip yang disediakan oleh Chef WOM.my

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Secawan mentega
  • Secawan gula kastor
  • Secawan gula perang
  • 2 biji telur
  • 2 sudu teh esen vanilla
  • 3 cawan tepung (plain flour)
  • 1 sudu teh baking soda
  • 2 sudu teh air panas
  • ½ sudu teh garam
  • 2 cawan semisweet chocolate chips
  • Secawan walnut (cincang)

Cara Membuat Biskut Chocolate Chip

  1. Panaskan ketuhar dengan suhu 170 darjah celcius.
  2. Pukul mentega, gula kastor dan gula perang hingga halus atau gebu.
  3. Kemudian masukkan telur satu per satu, kemudian tambahkan esen vanilla.
  4. Larutkan baking soda dalam air panas. Tambahkan ke dalam adunan bersama dengan garam.
  5. Masukkan tepung, chocolate chips, dan walnut. Kacau hingga rata.
  6. Ambil adunan satu sudu besar, bentuk bulat, dan leperkan. Susun atas baking tray.
  7. Bakar dalam ketuhar selama 10 minit atau sampai ianya berwarna keperangan.
  8. Ok, dah siap pun.

<< Ketahui resepi biskut nestum di sini.

 

Previous post

Ketahui Cara Mengurut Bayi Dan Manfaatnya

Next post

Penyebab Utama Gigi Berlubang

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *