Resepi Biskut Coklat Rice
Kredit : bp
Tercari-cari resepi biskut raya yang sedap dan paling mudah untuk membuatnya? Cubalah Resepi Biskut Coklat Rice ini.
Disebabkan terlalu senang untuk membuatnya, Biskut Coklat Rice ini boleh dibuat tidak mengira pada momen.Kebetulan Hari Raya bakal menjelang tiba, apakata anda cuba Resepi Biskut Coklat Rice ini sebagai biskut raya anda. Selamat Mencuba!
Bahan-Bahan Yang Diperlukan Untuk Resepi Biskut Coklat Rice:
500 gram marjerin
500gram gula ising
100 gram serbuk koko
900 gram tepung gandum
4 biji kuning telur
1sudu makan butter oil
500 gramm coklat masak
500 gram coklat rice
Cara Membuatnya:
- Pukul marjerin dan gula ising sehingga kembang.
- Masukkan kuning telur dan kacau perlahan-lahan.
- Masukkan butter oil dan serbuk koko yang telah diayak. Gaul perlahan-lahan sehingga sebati.
- Masukkan tepung, gaul lagi sehingga sebati dan menjadi doh.
- Kemudian canaikan doh dan teraplah mengikut acuan yang anda sukai.
- Bakar selama 15 minit dengan kepanasan 180F atau sehingga masak.
- Biskut yang telah masak dan disejukkan dicurah dengan coklat dan ditabur dengan hiasan coklat rice.
<< Dapatkan resepi Kek Lumut Sarawak di sini.
No Comment