Selera

Resepi Bubur Ayam

resepi bubur ayam - wom.my

Kredit : myrailcoffee

Bubur ayam sering menjadi menu sarapan. Namun, ada juga yang suka menikmati bubur ayam pada malam hari.Terdapat pelbagai versi atau resepi bubur ayam. Tetapi, apa yang Chef WOM.my bawa Resepi Bubur Ayam cukup lazat ini amat mudah untuk disediakan.

Bubur ayam merupakan salah satu jenis makanan yang diperbuat daripada beras yang dimasak dengan jumlah air yang cukup banyak sehingga membuatkan testur makanan ini jadi berair dan lembut. Selamat Mencuba!

Bahan-Bahan Untuk Resepi Bubur Ayam

1 cawan beras

Sepotong dada ayam

3 inci halia

6 ulas bawang putih

1 sudu teh serbuk lada sulah

2 sudu teh garam

Sebatang daun bawang

9 gelas air

Cara Membuatnya Resepi Bubur Ayam

  1. Rebus dada ayam ke dalam 9 gelas air. Kemudian masukkan halia, bawang putih dan serbuk lada sulah. Masak dengan api yang sederhana selama setengah jam.
  2. Setelah ayam masak, matikan api, keluarkan ayam dan siat-siatkan isinya. Saring air rebusan tersebut dengan menggunakan penapis dan asingkan bawang putih dan hirisan halia.
  3. Tuang kembali 5 gelas air rebusan ayam ke dalam peruk. Masukkan beras yang sudah diberishkan. Masak selama 20 minit dengan api yang sederhana bear. Tutup periuk sambil dikacau sesekali sehingga bubur tersebut menjadi kental.
  4. Jika sudah masak, dan ingin dihidangkan, masukkan dada ayam yang telah disiat-siat dan taburkan daun bawang di atas bubur ayam. Enak dimakan ketika bubur ayam masih panas.

<< Dapatkan resepi kek lumut Sarawak di sini.

Previous post

Tips Belajar Menghargai Waktu Yang Ada…

Next post

Pemakanan Lebih Sihat & Menyenangkan Di Bulan Puasa

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *