Selera

Resepi Kek Batik Milo

Resepi Kek Batik Milo - Women Online Magazine

Foto: 3.bp.

Sebut sahaja kek batik milo, pasti anda membayangkan keenakan dan kerapuhan ketika menikmatinya. Untuk mendapatkan kek batik milo yang sedap, pastinya anda memerlukan resepi bukan?

Hari ini Chef WOM.my mahu berkongsi resepi mudah kek batik milo. Selamat mencuba.

Bahan-bahannya:

  • 250 gram biskut marie (dipatah-patah)
  • 125 gram mentega
  • 2 biji telur gred A (dipukul sedikit
  • ¾ cawan susu pekat manis
  • 1 cawan milo
  • ½ camca besar serbuk koko
  • ¼ cawan air
  • ¾ camca teh esen vanilla

Cara membuatnya:

  1. Satukan semua bahan-bahan diatas kecuali biskut marie dan mentega ke dalam satu bekas.
  2. Kacau hingga semua sebati.
  3. Tuang bahan itu ke dalam kuali, masukkan mentega dan pasang api pada kadar sederhana.
  4. Kacau tanpa henti bancuhan tadi sehingga pekat. Masukkan biskut marie, gaul rata sehingga kesemua bahagian biskut tersalut dengan bancuhan. Matikan api.
  5. Tuang dalam bekas atau loyang yang telah dialas dengan plastik cling, tekan adunan tadi sehingga padat, bungkus dengan plastik cling dan biar hingga hilang wap panas.
  6. Simpan dalam peti sejuk selama 1-2 jam.
  7. Keluarkan dan biarkan ½ jam sebelum dihidangkan.

<< Dapatkan resepi kek keju jepun di sini.

Previous post

Semak, 10 Jenis Makanan Sumber Karbohidrat Semulajadi Yang Elok Anda Makan

Next post

Khasiat Buah Tin Yang Tidak Ternilai, Mampu Tangani Pelbagai Penyakit Berbahaya

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *