Selera

Resepi Kek Cawan Red Velvet

Kek Cawan Red Velvet - Woman Online Magazine

Foto: melissabakes
Selain rasanya yang lazat, lembut, manis ternyata kek cawan red velvet boleh menebarkan citarasa penuh cinta. Anda cuma perlu hiaskan taburan hiasan bentuk hati di atasnya. Secara automatik, anda telah menjadikan kek cawan red velvet ini menzahirkan ungkapan cinta anda.

Selamat mencuba dan berikut Resepi Kek Cawan Red Velvet yang cukup mudah dan enak ini.

Bahan Yang Diperlukan:

11/4 cawan tepung gandum protein sederhana

2 sudu teh serbuk koko

½ sudu teh serbuk baking powder

½ sudu teh baking soda

¼ sudu teh garam

½ sudu teh esen vanilla

¼ cawan butter (tanpa garam – unsalted butter)

¾ cawam gula pasir

¾ buttermilk

1 biji telur

Sedikit pewarna merah

Bahan Untuk Frosting Kek Cawan Red Velvet:

2 cawan gula halus

4 oz cream chesse

2 sudu makan butter (tanpa garam)

1 sudu makan susu

1 sudu teh esen vanilla

Cara Membuat Kek Cawan Red Velvet:

  1. Panaskan oven pada suhu 200 darjah Celcius, siap sedia sarung kertas kek cawan.
  2. Campurkan tepung gandum, serbuk koko, baking powder,baking soda dan garam dalam satu mangkuk.Sisihkan.
  3. Campur gula dan butter, kemudian masukkan telur dan esen vanilla, setelah itu pukul sampai rata.
  4. Ubah kecepatan mixer pada yang paling rendah, masukkan setengah campuran bahan kering (langkah nombor 2 tadi) dan masukkan juga setengah buttermilk. Pastikan ke semua bahan itu sudah bercampur rata.
  5. Kemudian barulahlah masukkan sebahagiannya lagi. Apabila sudah tercampur, kacau adunan dengan spatula dan sekali lagi pastikan kesemua bahan telah berbaur rata. Kemudian masukkan pewarna merah, dan pastikan warnanya benar-benar cantik dan menyerupai merah baldu.
  6. Kemudian sudukan adunan tersebut ke dalam cetakan muffin atau cawan kertas yang sudah siap tersedia itu tadi.
  7. Masukkan dalam oven, dan biarkan selama 18-22 minit. Cucuk dengan lidi atau pencungkil gigi di bahagian tengahnya untuk memastikan kek cawan red velvet anda ini benar-benar sudah masak. Angkat dan biarkan ia sejuk.

Cara membuat Frosting Kek Cawan Red Velvet:

  1. Pukul semua bahan frosting dengan mixer sampai creamy dan kental. Kemudian masukkan ke frosting plastik ( plastik segitiga untuk menghias kek atau biskut)
  2. Hiaskan frosting di atas kek cawan mengikut selera anda, kemudian masukkan ke dalam peti sejuk kira-kira 10-15 minit agar frostingnya mendapat tekstur yang sempurna.

<< Dapatkan resepi kek batik milo di sini.

Previous post

Adakah Anda Mengidap Kanser Kelenjar Air Liur?

Next post

Mesti Cuba! Senaman Ringkas Besarkan Punggung

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *