Resepi Kek Red Velvet Kukus Sedap Sangat!
Kredit : instructables
Resepi Red Velvet Kukus. Anda pernah makan Kek Red Velvet Kukus?Sedap, kan rasanya.
Sebenarnya tidak sukar untuk membuatnya.Betul! Tak percaya, jom kita cuba Resepi Kek Red Velvet Kukus yang telah disediakan oleh Chef Wom.my ini.
Kek Red Velvet Kukus ini terdiri daripada dua atau lebih lapisan kek berwarna merah maroon yang dilapisi dengan krim keju yang tebal.
Perghhh!! Sungguh nikmat walaupun tekstur keknya cukup padat, namun ia tetap lembut di mulut. Sensasi rasa Kek Red Velvet Kukus ini cukup menyenangkan dan berbeza daripada rasa kek biasa yang anda nikmati.
Resepi Kek Red Velved Kukus
Bahan-bahannya:
60 gram marjerin
5 biji telur
100 gram gula pasir
¼ sudu teh garam
125 tepung gandum (protein sederhana)
½ baking powder
¼ sudu teh ovellette
¼ sudu teh coklat (telah dicairkan)
40 gram coklat putih (dipotong-potong)
½ sudu teh pewarna merah tua
Dapatkan Juga: Resepi Kek Cawan Red Velvet
Bahan untuk krim keju:
300 ml susu cair
75 gram gula pasir
25 gram tepung jagung
1 biji kuning telur
¼ sudu teh garam
75 gram keju cheddar (parut)
½ sudu besar marjerin
½ sudu teh esen vanilla
Baca Juga: Resepi Kek Buah Masam Manis
Cara Membuat Kek Red Velvet
1. Panaskan marjerin kemudian tambahkan coklat yang telah dicairkan, coklat putih serta pewarna merah tua. Kacau sehingga semua bahan bersartu.
2. Pukul telur bersama garam, gula pasir serta ovellette sehingga mengembang, kemudiantambahkan baking powder, serta tepung gandum sambil dikacau-kacau.
3. Masukan adunan marjerin tadi sedikit demi sedikit sambil terus diaduk.
4. Setelah itu, tuangkan adunan pada loyang dengan ukuran diameter 20 cm dan tinggi 7 cm yang sebelumnya sudah dilapisi dengan kertas minyak (tanpa disapu dengan marjerin)
5. Kemudian kukus adunan tersebut selama kurang lebih 25 minitmenggunakan api sederhana.
6. Apabila sudah masak, biarkan seketika dan kemudian belah adunan tersebut menjadi tiga bahagian.
7. Sementara itu, selesaikan penyediaan krim keju untuk resepi kek velvet kukus ini. Didihkan susu cair bersama gula pasir, tepung jagung serta garam sehingga likat.
8. Matikan api, kemudian masukkan kuning telur dan kacau dengan pantas dan laju.
9. Kemudian hidupkan api kembali, biarkan adunan krim keju itu ‘meletup-meletup manja’.
10. Setelah itu tambahkan marjerin, keju dan esen vanilla ke dalam adunan sambil dikacau rata.
11. Ambil selapis kek yang sudah dibahagi kepada tiga bahagian itu, dan sapukan dengan krim keju. Tutup dengan lapisan kedua kek, sapukan krim keju dan tutup kembali dengan lapisan kek yang ketiga.
12. Okay, siap! Bolehlah dihidangkan.
Nota Kaki: Jangan lupa SHARE resepi enak ini dengan kawan-kawan anda ya.
<< Dapatkan juga Resepi Red Velvet Kukus Dengan Krim Keju di sini.
No Comment