Resepi Nasi Ayam Hainan
Kredit : chaosnet3
Anda penggemar daging ayam? Pernah Makan Atau Mencuba Resepi Nasi Ayam Hainan?
Bagi yang pernah memakan Nasi Ayam Hainan, tetapi mahu mencuba sendiri membuatnya, semak Resepi Nasi Ayam Hainan yang disediakan oleh Chef WOM.my ini.Ayam Hainan merupakan masakan olahan daging ayam yang berasal dari masyarakat Hainan di China. Jadi, sebab itulah namanya Ayam Hainan. Nasi Ayam Hainan bukan sahaja popular di Malaysia, bahkan di beberapa buah negara di Asia Tenggara lainnya.
Berikut Resepi Nasi Ayam Hainan.
Bahan-Bahan Yang Diperlukan:
4 ketul paha ayam
Sedikit halia, dikisar halus
2 sudu makan minyak bijan
3 sudu makan kicap ikan
½ serbuk merica
dua batang daun bawang (dihiris)
Sedikit garam
Sedikit mentimun dan tomato untuk hiasan.
Bahan Untuk Nasi:
Sedikit halia, dikisar halus
800 gram beras
5 ulas bawang putih, dikisar halus
2 kiub ayam
2 sudu makan kicap ikan
2 sudu makan minyak bijan
1 sudu teh garam
Cara Membuatnya:
- Tusuk daging ayam dengan hujung pisau yang tajam.
- Lumur ayam dengan kicap ikan dan halia yang sudah dikisar halus.
- Kemudian rebus ayam dalam air mendidih.Tambahkan kicap ikan, serbuk merica dan garam.
- Masak dengan api yang kecil sehingga daging ayam tersebut empuk.
- Tambahkan daun bawang.Angkat dan celup ayam dalam ais batu. Angkat dan toskan.
- Kemudian, lumur ayam dengan kicap ikan dan minyak bijan.
Untuk Nasi:
- Panaskan minyak, tumis halia dan bawang putih sehingga berbau harum.
- Kemudian masukkan beras, kacau rata.
- Tambahkan kiub ayam,kicap ikan, minyak bijan dan garam.
- Masak dengan api yang kecil sehingga menjadi adunan.
- Kukus adunan tersebut sehingga masak.Angkat.
- Hidangkan nasi tersebut bersama ayam Hainan serta hirisan mentimun dan tomato.
Bahan Untuk Sup Ayam Hainan:
3 bawang putih, diketuk-ketuk
2 batang daun bawang
1/2 sudu teh serbuk merica
2 cm halia
1 sudu teh gula pasir
1 kiub ayam
Garam secukupnya
* Didihkan ke semua bahan menjadi satu dan biarkan sehingga masak.
Bahan Untuk Sambal Nasi Ayam Hainan
7 biji lada besar (merah)
5 biji cili padi
2 cm halia
3 ulas bawang putih
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula
2 sudu teh cuka
Cara Membuat Sambal Nasi Ayam Hainan
- Rebus lada besar dan cili padi. Kemudian kisar.
- Sementara itu, tumis bawang putih dan halia.
- Kemudian masukkan lada besar dan cili padi yang telah dikisar halus tadi.
<< Dapatkan resepi kek tiramisu di sini.
No Comment