Selera

Resepi Sotong Telur Masin Lazat

Sotong Telur Masin - Women Online Magazine

Kredit foto:lh3.googleusercontent.com

Sotong telur masin biasanya mudah didapati di restoran Chinese Muslim. Kini, semakin ramai yang menggemari hidangan ini.

Bahan utama hidangan ini semestinya sotong dan kuning telur masin. Gabungan kedua bahan ini akan memberi rasa yang memuaskan!Hari ini, Chef WOM.my ingin berkongsi resepi mudah membuat sotong telur masin.

Resepi Sotong Telur Masin

Bahan-bahan

  • 500gm sotong bersaiz sederhana
  • 10 tangkai cili kering (dipotong)
  • 5 tangkai cili padi (dipotong)
  • 7 helai daun kari
  • Butter
  • Seulas bawang putih
  • Susu sejat
  • 2 biji kuning telur masin (dilenyek)
  • Sedikit garam

Dapatkan Juga: Resepi Sotong Masak Kicap

 

Cara memasak

  1. Masakkan sotong anda sehingga ia betul-betul masak. Selepas ia masak, tos dan ketepikan.
  2. Panaskan butter sehingga cair, tumiskan bawang putih, cili padi, cili kering dan daun kari sehingga naik bau.
  3. Masukkan susu sejat bersama kuning telur masin yang sudah dilenyek.
  4. Tambahkan garam secukup rasa.
  5. Kemudian, masukkan sotong yang telah digoreng tadi dan kacau sehingga kuah kering.
  6. Setelah masak, hiaskan hidangan anda mengikut kreativiti dan hidangkan bersama nasi panas.

 

Nota Kaki: Jangan lupa SHARE resepi ini.

<< Dapatkan Resepi Nasi Kunyit Cicah Rendang Daging di sini.

Previous post

Ketahui 6 Rahsia Kebaikan Sauna

Next post

Tips Paling Cepat Menurunkan Kadar Kolesterol

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *