Selera

Resepi Spaghetti Goreng Lazat

resepi spaghetti goreng - woman online magazine

Kredit : skinnynigel

Resepi Spaghetti Goreng.Spaghetti merupakan salah satu makanan Barat yang paling disukai ramai.

Spaghetti ini sesuai di nikmati bersama teman-teman ataupun keluarga. Paling menarik, ia juga sesuai dijadikan hidangan sampingan Hari Raya dan sebagainya.
Berikut adalah Resepi Spaghetti Goreng yang bukan sahaja sedap, malahan mudah untuk disediakan.

 

Bahan yang diperlukan untuk Resepi Spaghetti Goreng

250 gram spaghetti, rebus dengan sedikit minyak sehingga masak.Kemudian angkat dan toskan

200 gram kepingan daging ayam dipotong dadu

200 gram udang ukuran sederhana.Buang kepala dan kulitnya, cuci bersih

1 biji bawang bombay, dicincang kasar

4 ulas bawang putih, dicincang haluskan

4 sudu makan marjerin

150 ml air

10 sudu makan sos tomato

10 sudu makan sos cili

5 sudu sos tiram

Garam secukupnya

Serbuk lada sulah secukupnya

Oregano secukupnya

Parutan keju secukupnya

 

Dapatkan Juga: Resepi Spaghetti Goreng Pedas  &  Resepi Spaghetti Carbonara

 

Cara Membuatnya :

  1. Panaskan marjerin, tumis bawang bombay dan bawang putih sehingga berbau harum.
  2. Masukkan kepingan daging ayam, kacau dan biar masak. udang, aduk-aduk hingga berubah warna dan matang.
  3. Setelah itu, yuangkan sos cili dan sos tomato, sos tiram tambahkan sedikit air jika terlalu kering.
  4. Tuangkan garam, serbuk lada sulah dan oregano. Kacau rata sehingga sos mendidih dan masak. Gunakan air sederhana besar.
  5. Masukkan udang.
  6. Gaul lagi setelah itu masukkan spaghetti yang sudah siap direbus.
  7. Kacau sehingga masak dan sambil itu jangan lupa rasa kemasinannya. Jika ok, matikan api dan sedia untuk dihidangkan.
  8. Taburlah dengan keju parut mengikut selera anda sendiri.

 

Nota Kaki: Jangan lupa SHARE Resepi Spaghetti Goreng ini dengan kawan-kawan anda.

<< Dapatkan Resepi Tortilla Sosej Wrap di sini.

Previous post

Ketahui Penjagaan Payudara Yang Wajib Anda Lakukan

Next post

5 Cara Makan Yang Baik Untuk Kurus

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *