Selera

Resepi Tortilla Sosej Wrap Sedap Habis!

Resepi Sosej - Women Online Magazine

Kredit Foto: wilawie

Resepi Sosej. Sosej ialah produk makanan yang diperbuat daripada daging atau ayam kisar, lemak haiwan, garam, dan rempah. Ada juga sesetengah sosej menggunakan ramuan lain seperti herba.Jom cuba Resepi Sosej yang telah diuji di dapur Chef WOM.my

Biasanya sosej ini dibungkus dalam selongsong. Pembuatan sosej adalah sejenis teknik pengawetan makanan yang sangat lama.Asalnya selongsong ini diperbuat daripada usus haiwan, tetapi dengan adanya kemajuan teknologi, kini ia diperbuat daripada bahan sintetik.

Sesetengah sosej dimasak ketika diproses, dan selongsong ini boleh ditanggalkan ketika ini. Sosej boleh dipelihara secara pengawetan, pengeringan dalam udara nyaman, atau salai. Nampak menonjol dalam sesetengah sosej adalah disebabkan penapaian oleh ‘lactobacillus’ ketika mengawet.Sosej juga boleh disediakan sebagai hidangan dalam masakan lain selain ia dimakan begitu sahaja.

 

Resepi Tortilla Sosej Wrap

Bahan-bahan:

  • Roti tortilla
  • Telur
  • Tomato
  • Salad
  • Sosej
  • Cheese slice
  • Lada hitam
  • Sos cili
  • Mayonis
  • Thousand Island Lady Choice

 

 

Dapatkan Juga: Resepi Roti John

 

Cara memasak:

  1. Ambil sekeping tortilla, panaskan diatas kuali tanpa minyak. Terbalikkan sehingga kedua-dua belah garing. Alihkan.
  2. Sementara itu, rebus/bakar/goreng sosej anda sehingga masak.
  3. Pukul telur sehingga naik, goreng telur menjadi telur dadar.
  4. Ambil semula tortilla tadi, letakkan telur di atasnya.
  5. Kemudian, letakkan salad dan tomato yang sudah dibersihkan.
  6. Tambahkan sekeping keju dan letakkan sosej diatasnya.
  7. Jangan lupa letakkan sos cili, mayonis, thousand island dan juga lada hitam.
  8. Gulung ia dengan kemas. Potongkan kepada dua atau tiga bahagian.
  9. Sedia untuk dihidangkan.

 

Selamat mencuba resepi sosej yang sungguh enak dan cukup menyelerakan ini dan jangan lupa SHARE resepi sosej ini ya.

<< Dapatkan resepi nasi kunyit cicah rendang daging di sini.

 

Previous post

Mesti Baca! 6 Kebaikan Labu Kuning Untuk Kesihatan

Next post

11 Pilihan Aura Warna Ruang Kerja

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *