ModeStail

Pilih Pakaian Yang Sesuai Dengan Bentuk Badan

bentuk badan - woman online magazine

Kredit Foto: naturelleess

Tinggal beberapa hari lagi kita akan menyambut Hari Raya Adilfitri. Sudah pasti, ada lagi yang  masih tercari-cari pakaian yang sesuai dengan bentuk badan.

Untuk tampil anggun dan bergaya ketika menyambut Hari Raya tidak semestinya memerlukan anda mengeluarkan jumlah wang yang banyak untuk membeli baju raya berjenama. Anda hanya perlu mempersiapkan diri dengan pengetahuan ringkas untuk kelihatan anggun di pagi Aidilfitri.Terdapat beberapa kriteria yang boleh diambil kira ketika membuat persediaan atau pemilihan pakaian Hari Raya anda, termasuklah memilih pakaian yang sesuai dengan bentuk badan anda.

  1. Warna

Hari Raya disambut dengan suasana yang ceria dan gembira bersama keluarga tercinta, sanak saudara dan rakan-rakan. Pemilihan warna-warna yang ceria seperti famili warna jingga, famili warna kuning, famili warna merah, hijau pucuk pisang dan biru awan boleh menyerikan lagi suasana.

Jika anda seorang yang cenderung memilih warna yang sejuk dan neutral, seperti hitam, biru gelap, ungu gelap, coklat gelap anda boleh memakai warna terang tersebut pada aksesori seperti pada kerongsang, sulaman manik-manik pada baju, kalung atau rantai leher dan sampin bagi lelaki.

 

Baca Juga: 10 Warna Lipstik Terbaik

 

Warna pada pakaian Raya anda mestilah tidak lebih daripada 3 kombinasi warna. Contohnya, jika fabrik yang dipilih adalah fabrik bercorak, kombinasi warna pada corak-corak tersebut tidak melebihi tiga warna. Kombinasi warna yang terlalu banyak boleh menyebabkan mata yang melihat ‘keliru’ dan menyebabkan pakaian anda kelihatan sangat ‘sibuk’.

 

Baca Juga: Kain Cotton

 

Warna-warna yang terbaik untuk anda ialah yang mengikut tona kulit anda. Contohnya jika tona warna kulit anda ialah tona panas, warna-warna panas akan membuatkan anda kelihatan lebih ceria dan anggun. Begitu juga jika tona warna anda ialah tona warna sejuk, maka warna-warna sejuk akan membuatkan anda kelihatan lebih bermaya dan ceria. Jika anda ingin mengetahui warna-warna yang terbaik untuk tona kulit anda, dapatkan sesi konsultansi dengan perunding imej yang berkaliber. Kami mempunya peralatan yang lengkap untuk menganalisa tona kulit anda.

 

  1. Aksesori (Barang Kemas)

Baju yang dipenuhi corak memerlukan anda mengenakan aksesori seminimum yang mungkin, atau sama sekali tidak perlu sebarang aksesori kerana corak-corak pada baju tersebut sudah menjadi ‘statement’ pada baju anda. Jika dipakaikan lagi dengan aksesori, maka terlalu banyak dan pakaian anda juga kelihatan sangat ‘sibuk’.

Fabrik dengan corak yang kecil-kecil dan tidak ketara ataupun tiada corak langsung adalah lebih mudah untuk dipadankan dengan aksesori serta lebih ‘versatile’ kerana terdapat pelbagai cara pemadanan yang boleh dibuat.

Pemilihan saiz dan bentuk aksesori mestilah seiring dengan saiz dan bentuk ‘feature’ muka anda. Contohnya, jika anda mempunya tulang pipi yang kelihatan menonjol , mata sederhana besar, bibir sederhana besar dan lebih banyak bentuk lengkungan atau bulat pada keseluruhan muka, maka anda sesuai memilih saiz aksesori yang lebih berbentuk bulat atau bujur dengan saiz yang sederhana besar.

 

Baca Juga: Pin Tudung

 

Jika anda memakai aksesori yang terlalu kecil, ianya tidak memberi sebarang impak pada pemakaian anda, manakala jika aksesori tersebut terlalu besar, ianya akan menjadi tumpuan mata yang melihat dan bukan pada muka anda, yang mana sepatutnya ketika berpakaian, muka anda sepatutnya menjadi tumpuan perhatian dan bukan pada pemakaian atau aksesori.

Pemakaian barang kemas mestilah tidak melebih 5 bilangan pada satu-satu masa. Cuba elak memakai barang kemas yang tulen dan palsu (bercampur)pada satu-satu masa. Kalau boleh elakan terus memakai barang kemas yang palsu, kerana tahap pemakaian anda lebih tinggi jika memakai barang kemas yang tulen. Barang kemas seperti mutiara tulen boleh diperoleh dengan harga yang murah dan lebih mudah dipadankan dengan pakaian berbanding kebanyakkan barang kemas yang palsu.

 

  1. Stail dan Potongan Baju Raya (Wanita)

Pertama sekali, ketahui jenis bentuk badan anda, kemudian pilih stail dan potongan baju Raya yang bersesuaian dengan bentuk badan anda.

  • Bentuk badan ‘Hour Glass’

Baju anda perlukan memberi bentuk pada bahagian pinggang kerana pinggang adalah aset anda. Bentuk pada pinggang boleh dibentuk dengan jahitan dart, elemen tali pinggan seperti riben atau jahitan seperti peplum. Baju kurung moden dan kebaya sangat cantik dipakai oleh bentuk badan ‘Hour Glass’.

  • Bentuk badan‘figure 8’ dan ‘tiga segi/pear’

Matlamat utama anda ialah membentuk ilusi visual tinggi dan seimbang. Bentuk badan ini disarankan memakai baju yang ditempah supaya kelihatan lebih anggun dan sesuai. Baju kurung Pahang dan kebarung adalah yang terbaik.

  • Bentuk badan ‘tiga segi terbalik/epal’

Matlamat utama anda ialah membentuk ilusi visual tinggi dan seimbang. Bentuk badan ini juga disarankan memakai baju yang ditempah supaya kelihatan lebih anggun dan sesuai. Baju kurung peplum sesuai jika ingin menampakkan kesimbangan diantara bahu dan bahagian pinggan dan pinggul. Kebarung juga sesuai untuk bentuk badan ini.

  • Bentuk badan ‘segi empat’

Seperti dua bentuk badan di atas, bentuk badan ini disarankan memakai baju yang ditempah supaya kelihatan lebih anggun dan sesuai. Mereka yang mempunyai bentuk badan ini sesuai memakai baju kurung cekak musang. Bentuk badan ini mempunyai bentuk pinggang yang kurang jelas, jika matlamat pemakaian ingat menampakkan ilusi pinggang, anda boleh memakai peplum.

  • Bentuk badan ‘bujur’

Bentuk badan ini juga disarankan memakai baju yang ditempah supaya kelihatan lebih anggun dan sesuai. Baju kurung cekak musang dan jubah sangat sesuai bagi mereka yang mempunyai bentuk badan ini.

  1. Keseluruhan Pemadanan

Garis panduan yang utama dalam pemadanan pakaian ialah:

  • Hanya tiga warna sahaja dipakai pada satu-satu masa, termasuk tudung.
  • Hanya satu corak sahaja dipakai pada satu-satu masa, termasuk tudung.
  • Baju yang bercorak dipadankan dengan kain kosong yang sepadan, iaitu mengambil salah satu warna pada corak atau sebaliknya.
  • Jika terdapat banyak elemen lain pada baju seperti labuci, batu permata dan sulaman, kurangkan memakai corak atau tiada corak langsung.
  • Jika anda gemar ‘mix and matching’ iaitu kain dan baju daripada fabrik yang berlainan, pastikan tekstur pada fabrik tidak bercanggah, contohnya fabrik linen dipadankan fabrik baldu lebih mengarah kepada pemadanan fesyen berbanding stail.
  • Beg tangan mengambil salah satu warna pada pakaian anda atau pilih warna yang neutral.
  • Jika anda gemar atau perlu memakai stokin atau sarung kaki, pastikan anda memakai kasut yang tertutup dibahagian hadapan, jika ingin memakai ‘sling-back’ pastikan bahagian hadapan adalah tertutup.
  • Bagi sebarang keramaian seperti Hari Raya, kebanyakkan jenis kasut wanita sesuai dipakai mengikut keselesaan dan kesesuaian anda. Walaubagaimanpun, kasut ‘court shoes’ hitam atau coklat yang sangat formal, boots, flip-flops’ agak kurang sesuai dengan suasana meriah Hari Raya.

 

  1. Make-up dan Kebersihan Diri

Akhir sekali, calitan make-up pada wajah yang sederhana dan sesuai mampu menyerikan keseluruhan penampilan anda. Begitu juga dengan kebersihan diri, contohnya pemakaian ‘deodorant’ dan ‘antiperspirant’, penyembur penyegar nafas dan keseluruhan kebersihan sangat penting untuk melengkapkan lagi penampilan yang lebih anggun.

 

Artikel ini ditulis oleh: Jaklin Juanis

<< Ketahui rahsia penampilan diri agar lebih berkeyakinan di sini.

 

Previous post

Resepi Rendang Ayam Tangkap Leleh

Next post

5 Tips Wajah Cantik Di Hari Raya

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *