6 Cara Buat Bilik Tidur Jadi Lebih Selesa
Kredit Foto:galleryhip
Bilik tidur. Ia adalah tempat di mana anda beristirahat dan melepaskan segala stress yang ada.Jika bila tidur anda seperti ‘tongkang pecah’, bukan hanya tidur anda yang tidak lena. Malah, ia turut mempengaruhi keadaan kesihatan anda.
Untuk mendapatkan tidur yang lebih lena dan selesa, banyak perkara perlu anda berikan perhatian. Bukan sekadar, pemilihan perabot untuk tidur, malah bantal, selimut dan cadar juga perlu diambil kira.
Di bilik tidur anda boleh melakukan apa sahaja aktiviti tanpa diganggu oleh orang lain. Jadi sebab itu, keselesaan bilik tidur menjadi satu perkara yang sangat diutamakan.
Apa yang perlu anda perhatikan untuk mendapatkan bilik tidur yang selesa adalah:
1. Lampu Bilik Tidur
Salah satu cara untuk meningkatkan keselesaan di bilik tidur adalah dengan mengatur lampu di bilik tidur anda.
Supaya keselesaan di sepanjang tempoh adan berada di bilik tidur menjadi lebih efektif, selain memilih rekaan lampu yang sesuai dengan citarasa anda, kedudukan pencahayaannya juga penting.
Pastikan kampu yang dipasang itu strategik kedudukannya di mana anda memerlukan cahaya untuk ‘bersiap-siap’, bersolek dan sebagainya.
Letakkan lampu tepat di atas dan mengarah ke bawah. Hindari menempatkan lampu terlalu tinggi, tetapi juga jangan terlalu rendah sehingga menganggu pandangan mata anda.
Baca Juga: Lampu Ruang Tamu
2. Katil Dan Tilam
Katil dan tilam menjadi salah satu penentu keselesaan tidur anda. Dalam memilih katil dan tilam, ia harus sesuai dengan keperluan serta keselesaan anda. Katil atau tilam yang berkualiti tentunnya tidak akan cepat rosak dan tidak mudah dihinggapi kuman.
3. Cadar
Pilihlah material cadar yang memberikan keselesaan untuk tidur. Material cadar yang baik adalah yang dapat memberikan kesejukan dalam cuaca panas dan rasa panas pada masa yang sejuk.
4. Bantal
Ada pelbagai jenis bantal dan pilih sahaja yang anda suka dan rasa selesa. Membeli bantal sama juga seperti membeli tilam. Tidak ada salahnya jika anda mencuba bantal mana yang tepat dan bena-benar membuatkan tidur anda menjadi lebih nyenyak.
Jika anda tersilap memilih bantal, ia akna menyebabkan sakit belakang, sakit kepala atau leher. Jangan main-main ok!
Baca Juga: Bantal Ibu Mengandung
5. Selimut
Memilih material selimut juga tidak boleh ‘suka-suka’. Lebih-lebih lagi jika anda tinggal lokasi yang cuacanya agak panas. Pastikan selimut tersebut mampu menyerap peluh supaya anda boleh tidur lena sepanjang malam.
6. Keharuman Bilik Tidur
Menambah kewangian bilik tidur dengan aroma terapi tidak ada salahnya. Tapi, pilihlah yang berbau lembut seperti lavender . Wangian di bilik tidur amat membantu anda melepaskan stress setelah seharian penat bekerja.
Jangan lupa SHARE artikel ini.
<< Jom kenali 7 benda paling teruk dari tandas di sini..
No Comment