DekoStail

6 Tips Dekorasi Dapur Sempit Yang Perlu Anda Cuba

Dekorasi Dapur Sempit - Women Online Magazine

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kredit Foto: typemonkeytype

Dekorasi Dapur Sempit.  Ruang dapur merupakan ruang yang penting. Ia bukan sahaja ruang untuk memasak dan dikunjungi oleh ‘tukang masak’, tetapi oleh seluruh ahli rumah.

Ruang dapur yang bersih, kemas dan tersusun pastinya menjadi idaman setiap orang. Persoalannya bagaimana hendak mendapatkan kreativiti ruang dapur yang mempunyai dekorasi terbaik walaupun dapur itu sempit?

Kali ini kita belajar sedikit tentang tips untuk menggubah dekorasi ruang dapur sempit anda untuk menjadi lebih kemas, bersih, tersusun serta selamat dan sesuai untuk dapur basah mahupun dapur.

Tips Dekorasi Dapur Sempit

1. Keluasan Dapur

Bagi yang mempunyai ruang dapur sempit, ianya memerlukan sedikit kebijaksanaan dan daya kreativiti dalam membuat susun atur. Perkara asas yang perlu anda tahu adalah keluasan dapur. Ianya penting untuk anda sebelum membuat sebarang susun atur kabinet dapur dan peralatan. Mulakan dengan membuat lakaran dan cuba aturkan dengan pelbagai cara sehinggalah anda mendapat susunan yang terbaik.

 

Baca Juga:  Idea Kabine Dapur Kecil

 

2. Peralatan Di Dapur

Sudah tentu yang wajib ada di ruang dapur adalah dapur untuk memasak. Singki untuk mencuci dan peti sejuk. Tambahan, kabinet dapur dan set kerusi meja. Ini adalah asas bagi sebuah dapur. Anda perlu sedikit sentuhan kreativiti dalam memastikan kedudukan peralatan ini berada di lokasi yang berdekatan tetapi mempunyai ruang yang selamat untuk memudahkan anda bergerak. Pemilihan peralatan pula mestilah mengikut keluasan dapur anda agar dekorasi ruang dapur tidak berlebihan.

 

3. Pemilihan Warna & Material

  • Tile adalah pilihan terbaik tetapi untuk lantai pastikan ianya jenis yang tidak terlalu licin. Begitu juga dengan peralatan seperti kabinet dapur. Pastikan juga ianya adalah material yang tahan pada panas, tahan basah, lasak dan mudah dicuci.
  • Pemilihan warna pula sebaik-baiknya warna yang mampu menyembunyikan kotoran. Namun ianya bukanlah satu kemestian. Warna terang dan garang juga menjadi pilihan yang mampu menyerlahkan suasana ruang dapur anda.

 

4. Pencahayaan & Pengudaraan

  • Cahaya cukup penting bagi ruang dapur. Pastikan lampu berada di kedudukan dan posisi yang betul dan tepat agar anda tidak membayangi tempat kerja anda. Kreativiti anda dalam memilih lampu dan susun aturnya juga dapat menyerlahkan ruang dapur anda menjadi tampak luas dan kemas.
  • Sistem pengudaraan pula amat penting agar angin, haba dan bau dapat bergerak. Jika anda ada penyedut minyak mungkin ianya dapat menyelesaikan masalah ini. Jika tidak, pastikan dapur anda mempunyai tingkap atau ruang udara untuk sistem pengudaraan bergerak lancar

 

Baca Juga: Inspirasi Lampu Ruang Tamu

 

5. Perhiasan Di Dapur

Jangan biarkan dapur anda kelihatan suram dan tidak menarik. Hiasilah dapur anda. Gunakan kreativiti untuk mencantikkan dekorasi ruang dapur idaman anda. Ceriakan dapur dengan idea dan kreativiti anda tapi jangan terlalu berlebihan kerana ianya akan menyesakkan.

 

6. Keselamatan Dapur

Di dapur adalah tempat dimana kemalangan amat mudah berlaku. Kecuaian akan mendatangkan padah. Oleh itu dekorasi ruang dapur anda mestilah menitik beratkan faktor keselamatan agar dapat mengurangkan risiko kemalangan.

Kedudukan peralatan memainkan peranan kerana kurang bergerak untuk mencapainya akan mengurangkan risiko kemalangan. Utamakan keselamatan dalam melakukan kreativiti dekorasi agar risiko kemalangan dapat dielakkan ketika anda berada di ruang dapur.

 

Nota Kaki: SHARE artikel ini jika anda menyukainya.

<< Ketahui tips mudah membersihkan kotoran degil di bilik mandi di sini.

Previous post

4 Cara Mudah Mendapatkan Gigi Cantik

Next post

4 Senaman Mudah Untuk Mengecilkan Paha

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *