Motif Flora Berikan Kesan Lembut Dan Feminin
Kredit Foto: skizze
Motif Flora. Dalam dunia fesyen pelbagai rekaan dan corak yang dihasilkan untuk mempercantikan penampilan kain dan salah satunya adalah motif flora. Corak motif flora ini banyak diaplikasikan pada pakaian dan aksesori wanita.
Flora merupakan salah satu motif kain yang berhiaskan tumbuhan atau bunga-bunga. Pakaian dengan motif bunga-bunga masih menjadi trend tahun 2016 dan ini bermakna motif flora ini tetap mendapat tempat di hati para wanita untuk penampilan mereka. Motif flora memang serasi digayakan oleh para wanita kerana memberikan kesan feminin dan lembut.
Motif flora ada pelbagai jenis. Ada motif bunga yang besar-besar, ada pula yang kecil-kecil. Biasanya, motif flora yang kecil-kecil lebih disukai oleh ramai wanita kerana ia lebih ringkas dan cantik. Manakala motif bunga besar-besar cenderung digunakan sebagai penyeri pada kain polos.
Sesuai Digayakan Bersama…
Motif flora sesuai dipakai untuk dress, kemeja, blazer dan blouse. Jika anda suka mengenakan blazer bermotif, padukan dengan dalaman polos agar lebih menonjolkan efek motif flor pada blazer anda. Motif flora bukan hanya dimonopoli oleh baju atau dress, kain motif flora juga boleh digunakan untuk skirt, seluar, hijab, scarf, beg tangan, sepatu, dan sebagainya.
Baca Juga: Skirt Labuh
Para hijabers juga tidak ketinggalan untuk bergaya dengan motif flora ini. Gandingan dress berbunga dengan hijab polos atau dress polos dengan hijab bermotif flora mampu membuatkan para hijabers nampak lebih feminin dan natural.
Foto: jtomson,wardrobelooks,2.bp.blogspot,media.monsoon.
Paduan Yang Tepat
Motif flora ini dapat mampu memberikan kesan yang lebih ceria dan girly meskipun tanpa digayakan dengan sebarang aksesori. Motif bunga akan lebih tepat di padukan warna neutral yang dapat membantu menampilkan sisi feminin dan lembut. Warna-warna lembut ini akan memancarkan kecantikan semulajadi anda.
Banyak pilihan yang boleh anda gayakan dengan motif flora, misalnya dress panjang yang dipenuhi bunga besar yang mekar boleh meninggalkan kesan anggun seorang wanita. Untuk memberikan kesan ceria motif flora anda boleh gayanya untuk bahagian atas, padukan dengan bawahan dan hijab yang warna polos. Sudah pasti penampilan anda akan kelihatan lebih chic.
Baca Juga: Kemeja Jeans Wanita
Seluar motif flora juga boleh anda padukan dengan kemeja putih . Untuk tampil lebih feminin anda boleh berikan akesori tali pinggang.
<< Ketahui keistimewaan baju sejuk dalam dunia fesyen di sini.
No Comment