6 Koleksi Jubah Muslimah Terbaik Buat Anda
Kredit Foto: hijabic, moonabaya, artizara, gomurah, 76.my
Koleksi Jubah Muslimah.Bercerita tentang koleksi jubah Muslimah, seperti tidak terkira betapa banyaknya koleksi jubah Muslimah yang berada di pasaran sekarang.Hampir kesemua butik mempunyai koleksi jubah Muslimah mereka yang tersendiri.
Sudah pasti anda juga tidak terkecuali menerima jemputan ke majlis perkahwinan atau mungkin juga jemputan untuk ke majlis makan malam pejabat atau sebagainya.Tak usah pening kepala, kerana anda akan mengetahui tentang idea-idea koleksi jubah Muslimah di WOM.my.
1. Koleksi Jubah Muslimah Cotton
Koleksi jubah Muslimah cotton merupakan sejenis jubah yang menggunakan fabrik cotton dalam jahitannya. Seperti mana yang anda tahu fabrik cotton amat selesa dipakai, ditambah pula cuaca di negara ini yang agak panas.
Koleksi jubah Muslimah cotton banyak menerapkan unsur-unsur moden dalam perinciannya seperti poket di bahagian luar, butang ataupun gabungan beberapa warna. Anda boleh menggayakan jubah cotton ini untuk ke majlis perkahwinan mahupun untuk ke pejabat.
Tetapi awas, kerana jubah cotton menyerap peluh dan mungkin bekas peluh akan kelihatan pada pakaian anda.
Baca Juga: Jubah Cotton
2. Koleksi Jubah Muslimah Jeans
Fabrik jeans kini telah dipelbagaikan kegunaannya dan tidak terhad kepada seluar sahaja. Fabrik jeans juga telah digunapakai dalam pemakaian jubah. Sudah tentu jubah jeans kelihatan ranggi dan stylo.
Tetapi penggunaan fabrik ini adalah sedikit panas kerana ia mempunyai jenis kain yang tebal. Anda boleh menggayakannya bersama kasut bertumit tinngi potongan ‘boots’ bersama kaca mata yang sesuai. Potongan jubah muslimah jeans kebanyakkannya menggunakan potongan baju kemeja yang mempunyai butang di bahagian depan. Jadi, anda perlulah memakai pakaian di bahagian dalam supaya aurat anda dapat ditutup dengan baik.
Baca Juga: Jubah Pengantin
3. Koleksi Jubah Muslimah 6 Cut
Apa yang dimaksudkan dengan koleksi jubah Muslimah 6 cut? 6 cut bermaksud jubah tersebut mempunyai 6 potongan kain yang digabungkan untuk menjadi sepasang busana. 6 cut ini bertujuan untuk menggabungkan dua warna di dalam satu jubah.
Warna gelap digunakan pada bahagian sisi anda untuk memberikan ilusi ramping bagi si pemakai. 6 cut juga mempunyai potongan yang sedikit kembang pada bahagian bawah dan ia memudahkan anda untuk bergerak.
4. Koleksi Jubah Muslimah Lycra
Bemacam-macam jenis jubah Muslimah yang menggunakan fabric lycra boleh didapati di pasaran. Ramai di antara kita yang gemar menggunakan fabric lycra disebabkan oleh ciri-ciri sejuk dan ia tidak mudah berkedut.
Kebiasaanya jubah lycra mempunyai potongan kecil di bahagian atas dan besar dibahagian bawah. Potongan ini sangat sesuai bagi yang mempunyai saiz badan yang sedikit besar kerana anda akan kelihatan ramping dengan potongan ini.
5. Koleksi Jubah Muslimah Chiffon
Penggunaan chiffon dalam apa jua busana adalah sangat sesuai bagi Muslimah wanita. Hal ini adalah kerana fabrik jenis ini mempunyai jenis kain yang sangat lembut serta licin, namun ia agak nipis.
Walaupun fabrik ini agak nipis, kebiasaannya jubah ini telah disertakan sekali dengan ‘lining’. Fabrik chiffon dalam berbagai jenis corak, ada yang berbunga, bergaris dan juga bercorak abstrak. Anda boleh memakai jubah ini secara kasual bersama pemilihan tudung yang sesuai. Jubah chiffon berwarna lembut cukup manis apabila dipakai.
6. Koleksi Jubah Muslimah Satin
Ramai yang kurang yakin untuk bergaya bersama jubah Muslimah satin. Mengapakah begitu? Hal ini adalah kerana mereka bimbang jika pemakaian jubah satin akan menampakkan benjolan-benjolan yang tidak diingini. Tetapi sebenarnya pemakaian jubah satin yang berkualiti tidak akan memberikan kesan sebegini. Ia akan terletak cantik di atas tubuh anda.
Baca Juga: Tudung Bawal Satin
Selain materialnya yang kelihatan mewah ia juga boleh dipakai sebagai dress pada waktu malam. Jubah Muslimah satin berwarna hitam kelihatan sangat eksklusif jika anda bijak bermain dengan aksesori seperti rantai berwarna emas dan juga beg tangan yang sepadan.
Nota Kaki: Jangan lupa SHARE artikel ini ya!
<< Ketahui tips memilih baju nikah berkonsepkan Muslimah di sini.
No Comment