ModeStail

Kain Songket Fabrik Warisan Kekal Sepanjang Zaman

Kain Songket - Women Online Magazine

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kredit Foto: 4.bp

Kain Songket. Songket merupakan sejenis kain yang biasanya ditenun dengan mesin tradisional, mempunyai corak rumit dan ditenun menggunakan benang emas atau perak.

Perkataan songket bermaksud menarik benang daripada kain atau menenun menggunakan benang emas dan perak.Dari segi sejarah, ia dipakai oleh golongan bangsawan – keluarga kerabat Diraja dan orang besar Negeri. Kehalusan tenunan dan kerumitan motif corak songket ketika itu menggambarkan pangkat dan kedudukan tinggi seseorang pembesar. Ia telah terkenal di Malaysia dan Indonesia sejak abad ke-13 yang lalu.

Songket mempunyai nilai sejarah yang tinggi sebagai fabrik warisan. Selain mengangkat martabat si pemakai, motif dan warna tenunan songket melambangkan kedudukan seseorang.Hari ini, pemakai songket tidak terhad kepada kerabat Diraja. Cara pemakaiannya juga lebih meluas, bersesuaian dengan majlis malah corak dan motifnya yang semakin kontemporari, sesuai dengan perubahan kini.

Corak & Motif Kain Songket

Corak dan motifnya memaparkan ciri-ciri unik identiti orang Melayu dan sekaligus mencerminkan citarasa budaya bangsa yang mekar dalam persekitaran yang kaya dengan keindahan dan keunikan.

Antara corak yang digunakan:

Motif yang digunakan pula adalah seperti:

  • Motif Tumbuh-tumbuhan
  • Motif Binatang
  • Motif Alam/Benda
  • Motif Kuih

 

Baca Juga: Motif Floral

 

Proses Pembuatan Songket

  • Mencelup benang

Benang perlu dibersihkan sebelum dicelup ke dalam pewarna. Setelah pewarnaan dibuat, benang perlu di keringkan, sebelum kerja selanjutnya dilaksanakan.

  • Melerai benang

Pelenting yang diperbuat daripada buluh kecil digunakan untuk melilit benang. Proses ini dilakukan dengan bantuan alat darwin dan alat pemutar rahat.

  • Menganeng benang

Proses membuat benang loseng yang diregang di alat penenun bagi menentukan saiz panjang atau jumlah helai kain yang akan ditenun.

  • Menggulung benang

Benang-benang yang diregang di alat menganeng (ianian) digulung dengan sekeping papan loseng.

  • Menyapuk benang

Setelah benang loseng dimasukkan ke dalam gigi atau sikat jentera, kerja-kerja menyapuk dilakukan. Dua urat benang loseng dikaitkan melalui setiap celah gigi jentera.

  • Mengarak benang

Karak dibuat daripada benang asing yang digelung. Benang loseng berangka genap dan ganjil akan diangkat turun naik secara berselang seli sewaktu menenun.

  • Menyongket benang

Proses mereka corak di atas benang loseng dengan menggunakan alat yang di panggil lidi dengan menyongketkan benang loseng sebanyak tiga atau lima lembar dan kemudian diikat dan dikenali sebagai proses ikat butang.

 

Baca Juga:  Kain Satin

 

  • Menenun

Alat torak yang diisi dengan benang pakan atau benang emas, dimasukkan ke kiri dan kanan di celah-celah benang loseng mengikut corak yang telah ditentukan hinggalah menjadi sekeping kain. Kain yang telah siap ini dipotong mengikut saiz.

 

Nota Kaki: Jangan lupa SHARE artikel ini.

<< Semak! Koleksi tudung bawal terkini di sini.

Previous post

19 Kebaikan Minuman Collagen Yang Buat Anda Jadi Bertambah Sihat Dan Cantik

Next post

6 Cara Miliki Kulit Putih Gebu

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *