Pilih Warna Cat Yang Mampu Menenangkan Jiwa Untuk Bilik Tidur Anda
Kredit :homeideas
Bilik tidur seharusnya mampu memberikan ketenangan buat penghuninya. Di situlah anda akan menghabiskan masa serta beristirahat pada waktu malam setelah seharian penat bekerja pada siang hari.
Ternyata warna cat dinding untuk ruang interior memainkan penting dalam dekorasi bilik tidur.Memilih warna cat bilik tidur tidak boleh sembarangan kerana warna tersebut boleh mempengaruhi kehidupan kita.Selain itu, warna cat bilik tidur juga mewakili keperibadian kita.
Warna memiliki energi untuk mengubah ukuran ruangan .Jika anda mempunyai sebuah bilik tidur yang sederhana keluasannya, anda perlu mencari ide untuk warna cat bilik tidur tersebut. Anda perlu memilih warna cat bilik tidur yang benar-benar mampu membuatkan bilik tidur anda yang sempit itu kelihatan lebih besar ataupun luas daripada sebelumnya.
Mungkin ada di antara anda yang berasa susah untuk memilih warna cat bilik tidur.Ketika memilih warna cat bilik tidur, anda perlu bersikap terbuka bahawa warna yang anda pilih itu boleh membuatkan bilik tidur anda yang sederhana itu kelihatan lebih besar. Bahkan warna-warna dinamik yang dipilih itu mampu berubah keseluruhan ruang bilik anda.
Beberapa contoh warna cat bilik tidur yang disarankan adalah cat warna bumi dan warna putih. Warna -warna seperti coklat muda dan oren kekuningan sesuai buat bilik tidur yang bersaiz kecil. Selain itu, anda juga boleh memanfaatkan warna terang sebagai sinar matahari di bilik tidur anda. Misalnya, warna tenang seperti biru.Warna ini selain melambangkan ketenangan dan harmoni, ia juga menandakan kesetiaan. Selain warna biru, warna ungu menandakan kebahagiaan, kesuburan dan kreativiti.Warna ungu akan kelihatan lebih menarik apabila dipadukan dengan warna lembut seperti putih.Penggunaan warna-warna neutral seperti warna putih adalah seleksi yang jujur yang dapat menciptakan kesan bilik tidur yang lebih luas.
Warna Cat Bilik Tidur – Biru Muda
Warna biru muda pada dinding bilik tidur akan memberikan kesan tenang, sejuk dan harmoni. Jika ingin bilik tidur anda berasa sejuk, pilihlah warna biru muda.
Kredit :whapin
Warna Cat Bilik Tidur – Putih
Ini adalah warna cat bilik tidur yang biasa kita lihat hampir di setiap kediaman. Warna putih akan membuatkan penampilan bilik tidur anda kelihatan lebih ringan dan cerah. Jika anda menyukai kelengkapan tidur daripada furniture kayu, warna cat bilik tidur putih akan membuatkan kelengkapan tersebut nampak lebih ‘kelas’.
Kredit :lixdecor
Warna Cat Bilik Tidur – Kuning
Warna kuning adalah pilihan yang baik untuk bilik tidur kerana ia memberikan kesan hangat dan cerah. Jika anda menyukai warna-warna cerah,warna kuning adalah pilihan tepay untuk membuat dinding bilik tidur anda nampak ‘superb’.
Warna Cat Bilik Tidur – Hijau Firus
Cahaya terbaik yang dapat anda berikan untuk warna cat bilik tidur anda adalah hijau firus.Warna ini akan membuatkan perasaan anda menjadi lebih santai dan semangat . Warna hijau firus ini juga akan membantu meningkatkan semangat semangat anda setiapkali bangun daripada tidur pada pagi hari.
Kredit :home-designing
Warna Cat Bilik Tidur – Ungu Cair
Warna ungu cair atau ungu muda menciptakan kesan elegan dan romantik. Bagi mendapatkan tidur malam lebih selesa dan berkualiti, jangan teragak-agak untuk memilih warna ungu muda . Warna ini sering digunakan dalam design rumah minimalis.
Kredit :lakeviewacresgrocery
Warna Cat Bilik Tidur – Merah
Warna dinding merah membuat anda menjadi lebih bersemangat dan optimis. Jika anda ingin mengaplikasikan warna merah, perhatikan pemilihan tona dan keluasan ruang bilik. Merah memberikan efek lebih sempit, namun akan kelihatan lebih dramatik jika dikombinasikan dengan warna-warna yang tidak menonjol seperti putih, krim atau kuning cair.
Kredit :miraloaca
Warna Cat Bilik Tidur – Merah Jambu
Warna merah jambu atau pink, sangat dominan, mampu memberikan kesan segar dan lembut .Aplikasikan dengan furniture yang “wall to wall” untuk menjadikan bilik tidur anda nampak kemas dan modern.Bilik tidur dengan warna ini sesuai buat anda yang berjiwa lembut dan feminin.
Kredit :hometone
<< Ketahui tips hias dan cipta suasana segar di bilik tidur utama di sini.
1 Comment
[…] Warna Cat Bilik Tidur | Women Online MagazineAnda perlu memilih warna cat bilik tidur yang mampu membuatkan bilik tidur anda kelihatan lebih … Pilih Warna Cat Yang Mampu Menenangkan Jiwa Untuk Bilik Tidur Anda;pergi ke laman web […]