BuzzzStail

Jom,Tengok Pementasan Teater Kalung Oh! Kalung. Ada Aiman Hakim Redza!

Rumah Anak Teater - women online magazine

Projek teater Kalung Oh! Kalung ini adalah sebuah projek berdasarkan geran New Malaysian Works, anjuran Kakiseni yang dibiayai oleh Jabatan Kebuduayaan dan Kesenian Negara (JKKN) di bawah Dasar Industri Kreatif Negara (DIKN). Ia adalah sebuah Projek di bawah Program Transformasi Ekonomi.

Skrip Kalung Oh! Kalung telah berjaya melepasi syarat dan terpilih untuk dipentaskan. Rumah Anak Teater telah diberi kepercayaan untuk mementaskan teater ini. Skrip asal karya Bathmaloshanee ini terpilih melalui geran New Work Plays oleh JKKN.Bermula 20-22 November ini, bertempat di PJ Live Arts Sdn Bhd,Block K @ Jaya One 72A Jalan Universiti 46200 Petaling Jaya. Harga tiket RM15, RM25 dan RM35.

SINOPSIS

Kalung ini satu-satunya harapan bagi menyelesaikan segala masalah hutang Amin. Memiliki ia seperti memiliki segalanya. Akila merupakan pewaris kepada kalung ini. Masalah bermula apabila perselisihan antara pasangan suami isteri ini berlaku. Apakah mereka akan tetap menggadai harta pusaka milik mereka? Nak tahu apa kesudahannya, jom kita sama-sama menonton teater yang cukup hebat ini.

Rumah Anak Teater - women online magazine (2)

Pengarah / Olahan: Fandi Che Hisham

Penerbit Eksekutif : Faisal Mustaffa

Pelakon: Amin Abu Bakar, Aqeela Kamarul, Budak Kecik (Kikie Carla), Aiman Hakim Redza.

Rujukan lain: www.rumahanakteater.blogspot.com

Foto Aiman Hakim Redza: sekadar hiasan sahaja

 

Previous post

Sertai Peraduan "Lelaki Harapan Dunia"/ WOM.my

Next post

WOM.my Kembali Dengan Wajah Baru!

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *