DekoStail

Cara Mudah Membersihkan Bilik Mandi

bilik mandi - women online magazine

Kredit foto: gurukoala

Bilik Mandi.Seringkali orang ramai mengabaikan kebersihan bilik mandi di rumah kerana beranggapan bahawa bilik mandi ini adalah ruang yang dianggap tidak penting.

Namun tahukah anda sebenarnya bilik mandi ini adalah cermin peribadi terhadap si tuan rumah.Jika bilik mandi tersebut bersih,maka pembersihlah tuan rumah dan begitu pula sebaliknya. Di dalam Islam juga ada menyebut “kebersihan itu separuh daripada Iman”. Ini bermakna kebersihan sangat diutamakan dalam Islam.

 

 

Baca Juga: Jaga Kebersihan Ketika Anda ‘Period'

 

 

Panduan Membersihkan Bilik Mandi

Bagi memastikan bilik mandi anda sentiasa bersih, curikan masa anda selama 4 minit untuk mencuci bilik mandi setiap hari. Caranya dengan menyembur cecair pencuci dan gosok dengan menggunakan span bermula dari bahagian paling bersih pada dinding atas diikuti dinding bawah yang kotor,sink tab dan juga mangkuk tandas.

1. Jika jubin tandas anda berlumut,bersihkan dengan menggunakan bahan peluntur bersama air. Kemudian biarkan beberapa jam atau semalam sebelum diberus. Dengan cara ini, kesan kotoran mudah hilang. Sekiranya bahan peluntur yang anda gunakan itu kuat,jangan tuangkan terus di atas jubin,sebaliknya campurkan bersama air untuk mengelakkan kerosakan pada jubin.

 

2. Pastikan juga anda menggosok mangkuk sink sekurang-kurangnya 2 minggu sekali, cermin tandas,mangkuk tandas, dan juga lantai bilik mandi seminggu sekali.

 

3. Selalunya bahagian sudut lantai jubin iaitu pertemuan di antara lantai dan dinding yang sukar dibersihkan menjadikannya selalu diabaikan ketika proses membersihkan bilik mandi. Oleh itu,gunakan berus gigi kerana ukurannya yang kecil memudahkan ia sampai ke celah sudut berbanding berus besar.

 

 

Baca Juga: Tips Memilih Dan Memberus Gigi

 

 

4. Jangan lupa untuk meletakkan sabun dan pewangi tandas setiap hari untuk mengelakkan bau yang kurang menyenangkan.

 

 Tips Menghias Bilik Mandi

  • Pastikan anda memasang cermin muka.
  • Sediakan tempat letak ubat gigi, berus gigi, sabun dan shampoo di tempat yang mudah untuk diambil .
  • Sediakan rak menyangkut pakaian dan tuala.
  • Memasang bingkai gambar atau lukisan
  • Hiasikan bilik mandi dengan bunga-bungaan atau pokok hijau untuk kesegaran. Namun pastikan tidak terlampau.

 

Petua Membersihkan Kotoran Degil Dalam Bilik Mandi

 

1. Mangkuk Tandas Yang Berkerak

  • Siramkan cuka pada sekitar permukaan dan penutup tandas dan biarkan selama 2 jam. Setelah itu, digosok keseluruhan mangkuk tandas itu dengan berus. Pastikan segala kerak dan kotoran yang ada habis terkikis dan kemudiannya bilas dengan air bersih. Cuka yang bersifat menghakis itu dapat membantu menghilangkan kotoran degil dengan lebih mudah.
  • Kalau anda tidak ada cuka,anda juga boleh digunakan minuman coke.Tuang saja satu tin air coke ke dalam mangkuk tandas dan biarkan selama sejam. Kemudian flush. Kesan kotoran itu akan hilang akibat daripada tindakan ‘citric asid’ yang ada dalam coke.

 

Baca Juga: Tandas Duduk Penyebab Infeksi Vagina

 

 

2. Kotoran Degil Pada Lantai

  • Petuanya mudah sahaja,hanya ambilkan kapur sirih dan rendamkan dalam air. Kemudian tuangkan pada lantai dan biarkan selama 10-20 minit. Setelah itu,cuci dengan pencuci lantai biasa. Tetapi proses ini perlu dilakukan berulangkali untuk hasil yang maksima.

 

Nota Kaki: Selamat Mencuba dan jangan lupa SHARE artikel ini ya!

<<Anda mahukan bilik mandi yang nampak menarik, biarpun sempit? Ketahui triknya di sini 

Previous post

4 Cara Terbaik Membersihkan Telinga

Next post

4 Cara Miliki Kaki Cantik Persis Supermodel

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *