Tips Pakai Kasut Tinggi Agar Tidak Melecet
Kredit foto: northjersey
Kasut Tinggi. Memakai kasut tinggi agak berbeza dengan memakai kasut flat.
Jika anda memakai kasut flat yang ringan atau selesa di kaki, efeknya cukup optimum sehingga anda merasakan seolah-olah tidak memakai kasut!
Kasut flat membuatkan anda juga bebas bergerak,boleh melompat-lompat, memanjat pokok dan sebagainya. Manakala berkasut tinggi pula memerlukan anda melangkah dengan lebih berhati-hati. Sungguhpun begitu, tidak dinafikan pemakaian kasut tinggi membuatkan penampilan anda nampak lebih anggun, glamor dan kaki anda pun nampak cantik.
Namun, pemakaian kasut tinggi atau high hells ini membuatkan kaki anda cepat penat kerana bahagian hujung kaki cepat penat. Ini adalah kerana beban seluruh tubuh tertumpu pada bahagian tersebut.
Kasut tinggi juga boleh membuatkan seseorang itu menjadi sukar untuk berjalan jika kasut yang dipakai tidak sesuai dengan bentuk kaki. Jadi, belilah kasut tinggi yang baik kualitinya demi keselesaan dan kesihatan kaki anda.
Baca Juga: Ulat Air Di Jari Kaki
Berikut beberapa tips memakai kasut tinggi yang anda perlu tahu:
1. Cuba Terlebih Dahulu
Ketika memilih kasut tinggi yang disukai, pastikan anda mencubanya terlebih dahulu. Ini adalah kerana ukuran kasut bervariasi dan bergantung pada jenis rekaannya.
Pastikan anda mencuba kasut tinggi dengan ukuran kasut sepertiga lebih besar daripada saiz kaki. Cuba pakai kasut tinggi itu sambil berjalan, pastikan juga terdapat sedikit ruang di bahagian depan jari kaki anda bagi mengelakkan ia melecet ketika anda berjalan. Anda disarankan memilih kasut tinggi dengan bahan kulit kerana menyerap kelembaban.
2. Sesuaikan Ukuran Tinggi Kasut
Semakin tinggi kasut tumit tinggi, maka semakin kuat kaki anda perlu menanggung bebannnya. Bermakna, keselesaan perlu anda utamakan walaupun anda gemar memakai kasut tinggi berbanding kasut flat.Untuk itu, pastikan anda memilih kasut tinggi yang ukurannya sesuai dengan keperluan anda.
Baca Juga: Rawat Kaki Berbau
3. Sesuaikan Jenis Kasut Tinggi Yang Ingin Dipakai
Pilihlah jenis kasut tinggi yang sesuai dengan majlis yang ingin anda kunjungi.Kitten heels, adalah kasut dengan tumit kecil dan pendek ini sesuai digayakan di majlis kasual.Manakala stiletto sangat sesuai digayakan dengan gaun malam dan kasut tinggi jenis wedges pula sesuai digayakan sewaktu bersiar-siar.
Info Ekstra!
Cara Mengatasi Kaki Melecet Akibat Kasut Tinggi
Lumurkan minyak zaitun secukupnya pada kaki, kemudian urut perlahan-lahan secara menyeluruh.
- Butter
Butter juga boleh digunakan untuk mengatasi kaki supaya tidak melecet. Sapukan butter pada bahagian kaki ( tumit ) secara menyeluruh semalaman. Keesokan pagi, bersihkannya dengan merendamnya dalam air suam.
- Bedak Bayi
Ini merupakan cara yang sangat mudah dan simple.Ternyata kaki yang melecet juga boleh dicegah dengan bedak bayi.Ini adalah kerana sifat bedak bayi yang lembut sehingga boleh digunakan pada kaki anda sebelum memakai kasut.
Nota Kaki: Jangan lupa SHARE artikel ini ya
<< Ketahui tips tampil lebih menarik buat anda yang berbetis besar di sini.
No Comment