Tampil Cantik Bak Puteri Dengan Tudung Terkini Prinsipessa
Mencari-Cari Tudung Terkini? Ilham Instan Minimalis, Pelengkap Gaya Buat Si Hijabista!
Serba trendi, sopan serta gaya yang minimalis, merupakan trend ikutan hijabista pada masa kini. Sesuai dengan arus fesyen yang mengketengahkan idea minimalis, Prinsipessa, jenama hijab yang kini menjadi siulan si fashionista merupakan pilihan yang tepat untuk tampil menawan melengkapi seluruh peragaan.
Tudung terkini koleksi Prinsipessa, aura si pemakai dapat dirasakan melalui rekaan, perincian, tekstur dan rona yang digayakan. Siapa yang tak mahu tampil cantik bak puteri kan? Mengadaptasi nama daripada perkataan dalam bahasa Itali, Prinsipessa bermaksud puteri yang pastinya memberi refleksi kepada setiap rekaannya. Direka dengan mengambil kira ciri-ciri gaya idaman wanita bertudung, Prinsipessa memastikan setiap rekaan memberi kemudahan pada pemakai dan tampil praktikal sepanjang masa.
Aliran teknologi membuatkan jenama ini tidak terkecuali memanfaatkannya dengan memasarkan setiap produk melalui atas talian. Di samping dapat menerobos ke setiap ceruk dalam negara, koleksi Prinsipessa mampu dimiliki hanya di hujung jari anda. Seperti membeli-belah di butik fizikal, koleksi atas talian Prinsipessa merangkumi semua rekaan, warna serta tutorial ‘style’ tudung yang sesuai untuk anda, membuatkan anda akan tidak payah untuk meninggalkan rumah untuk keluar membeli-belah!
Segalanya mudah dengan Lily Shawl Dan Rose Pinless Shawl
Kesuntukan masa atau tidak kreatif tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak tampil cantik bergaya dengan Prinsipessa. Koleksi terbaru Prinsipessa, Lily Shawl dan Rose Pinless Shawl menjanjikan sesuatu yang berlainan untuk anda ‘stand-out’ dari hijabista yang lain.
Didatangkan dengan 10 rona berbeza, kedua-dua koleksi instan ini dimodifikasi agar terampil lebih sempurna dan mudah dipakai. Fabrik pilihan merupakan chiffon dan geogette yang berkualiti tinggi, perincian teknik jahitan yang kemas dan potongan tudung yang ringkas merupakan titik jualan bagi koleksi terbaru Prinsipessa, sesuai dengan perubahan minimal era ini. Hanya sarungkan sahaja Lily ataupun Rose Shawl, anda sudah ‘ever-ready’ untuk berdepan dengan dunia!
Kualiti dan Perincian Prinsipessa
Prinsipessa amat menitikberatkan pemilihan material yang berkualiti tinggi kerana material asas adalah satu kemestian untuk memastikan setiap helaian tudung dan shawl yang dihasilkan terampil eksklusif serta elegan. Ini bagi menzahirkan rekaan yang sepadan dan menyelesakan si pemakai. Material seperti georgette, dull satin, valentro, kapas dan satin adalah sebilangan yang menjadi asas kepada setiap rekaan Prinsipessa.Selepas itu barulah sebuah rekaan yang eksklusif dapat ditampilkan.Selain koleksi instan terbaru, selendang dan tudung koleksi Melur dan Mawar diberi sentuhan renda yang disulami dengan jahitan manik dan labuci yang kemas. Perincian renda yang dikenakan pada hujung selendang memberikan transformasi secara total pada si pemakai. Ia lebih feminin dan manis sambil tidak lupa menyuntik keanggunan yang diinginkan si hijabi pastinya.
Perincian renda atau lace pelbagai rona dari terang hinggla ke rona pastel boleh digayakan mengikut cita rasa dan stail masing-masing sama ada dikenakan pada tepi atau atas kepala, di bahagian hadapan dan sebagainya. Jika pandai digayakan, sehelai shawl ini mampu diolah dalam bentuk puluhan stail tersendiri!
Manakala rekaan pinless dari koleksi Lily dan Rose memberikan hasil yang segera dan nyata mempesona dengan hanya sekali lilitan. Rekaan kreatif ini semakin menyerlah dengan penampilan rona-rona yang terang dan pastel. Sengaja didatangkan demikian agar si hijabi tidak sukar memadankan dengan persalinan mengikut fesyen terkini. Prinsipessa boleh didapati dengan pek dalam kotak eksklusif menjadikan ia bukan sahaja sesuai untuk kegunaan peribadi, namun dijadikan hadiah yang berharga kepada sesorang. Tidak hanya itu, sebagai menghargai setiap pengguna yang membeli selendang koleksi terbaru Prinsipessa, mereka akan turut mendapat anak tudung atau ‘inner’ secara percuma.
<< Ketahui cara pakai tudung panjang di sini.
No Comment